October 02, 2009

indah kenangan..


awalnya aku menjejakkan kaki di sini.aku sendiri.sepi tanpa teman.rindu membeban.langkah tetapku teruskan.belajar untuk hidup.belajar untuk berjuang.asalnya tidak tahu kini telah arif.dulu suka bergantung sekarang bisa mandiri.segalanya kutempuh dengan bantuan-NYA.apa yang termampu aku lakukan hanya berdoa ditabahkan hati, dikuatkan iman,dan dimudahkan jalan.

perkenalan kita membuatkan aku sedar yang aku tidak sendiri.kalian telah mengembalikan senyuman hatiku.bunga-bunga indah memenuhi kamar hati.tawa,tangis,hampa dan harapan menjadi hiasan talian kita.kala ku jatuh kau memimpinku untuk berdiri.tika ku menangis kau serahkan bahumu buat sadaran.pastinya keceriaan menjadi tujuan utama kita.hilai tawa menjadi teman sehari-hari.

indahnya kenangan yang terukir.mesranya hubungan terjalin.gerbang tahun ke-4 membuka tirainya.tahun demi tahun kita mengabadikan kenangan bersama.tahun ini bakal mencipta sejarah dalam hidup kita semua.

riang si hati berlagu gembira.senyum indah menghiasi rupa.wajah berseri bagai bunga kembang di pagi hari.ahh...alangkah bahagianya dirimu teman.kebahagian itu turut tumbuh di hati kita semua.menjalar keseluruh tubuh.berakar umbi di jiwa suci.tiada kata-kata yang mampu menyimpulkan bagaimana perasaan kita saat ini.

kau yang dulunya seperti kita.kini bakal melangkah ke level hidup yang lebih tinggi.kalau si ibu gembira menerima menantu kita bahagia menerima ahli baru.pertambahan yang pastinya kita bayangkan.siapa yang mendahului itu saja yang kita tidak tahu.ALLAH itu mengaturnya cukup sempurna.rasa cinta yang berbenih di hati disemai baik oleh si mempelai.akhirnya cinta yang berputik disirami dengan lafaz akad yang suci.persatuan dua hati yang bakal menjaga cinta murni ini....




especially to rini yufita sari: selamat menempuh hidup baru....(^_^)

June 12, 2009

syukur

RINGGGGG!!!!!!!!-5.00am
Bingit telinga merekam bunyi itu. entah keberapa kali jam genit ini bersuara memenuhi segenap ruangan kamar kecil ini. sampai kapan aku harus bersabar begini. mata ini masih tidak mahu diganggu. terlalu penat rasanya seharian memandang tulisan-tulisan yang yang berbagai itu. bantal dilempar tepat ke arah jam yang tidak berdosa. sepi mengundang. hati berbunga riang. tangan menarik keras selimut membaluti erat seluruh tubuh ini. mimpi tadi sambung kembali.

dum..dum..dum!!!!!
keras pintuku diketuk. hati memberontak. terik cahaya memerihkan mata sepek ini. aku menggeliat kemalasan. badan didirikan kaki melangkah berat.
"kenapa bising pagi-pagi ni?"tanya setelah pintu dikuak.
"hei!!sekarang bukan pagi lagi la. dah pukul 11 ni. kau tidur jam berapa semalam? kata nak temankan aku beli barang. aku tau la sekarag study week, takde kelas tapi bukan untuk tidur la sayang tapi untuk study. ni kau bangun tak subuh tadi? aku dengar bagai nak pecah anak tekak jam kau tu menjerit." omel Tia panjang pagi ini.
"ye la...kejap lagi kita pergi ye..."jawabku sambil kaki melangkah menuju ke katil.
baru saja badan berada di katil....
"oi..tidur lagi..kata nak gi dah..ni kau solat subuh x tadi??"pertanyaan Tia membuka mataku seluas-luasnya. Tia sudah bertenggek di hujung katilku. aku bangun duduk di sampingnya. mindaku dikerah mengingati hal yang berlaku sekitar subuh tadi.
tup!!!.....tamparan hebat hinggap di dahiku.
"alamak Tia..aku miss subuh tadi. aku rasa dh kunci jam malam tadi.."bicara tidak ku sambung setelah melihat jam yang mengejutkanku setiap pagi bergolek di bawah meja. aku tersenyum menampakkan barisan gigiku tatkala melihat wajah Tia seperti harimau hendak menerkam mangsanya.
"habislah aku..sepanjang hari ini aku kena dengar ceramah free la dari ustazah ni.."gerutu hati kecilku.

"assalamualaikum..saya Fatihah. saya baru je pindah ke sini. ni ke bilik 2C??"gadis ayu di depanku bertanya. aku tersenyum dan menyambut huluran tangannya."oh ya..ini umi saya.."lantas tanganku beralih menyalami uminya.
"ye ini bilik 2C..saya Amira..saya pun baru je sampai setengah jam yang lalu..kat ujung sana ade 2 katil kosong..Fatihah pilihlah nak yang mana. ini katil saya..maaflah bersepah sikit. maklumlah baru kemas. parenat saya baru je balik.."terangku sambil panjang lebar..
"awak boleh panggil saya Tia je..nampak manja sikit..."pecah ketawa kami ketika itu..
"Kalau macam tu Tia panggil saya Amy....glamour you.."hilai tawa kami memenuhi ruangan yang tidak sebesar mana. umi Tia yang dari tadi asyik menjadi pemerhati kami turut ketawa. di sinilah awalnya persahabatan kami. bilik 2C ini menjadi saksi asam manis hubungan kami. ruangan yang tidak terlalu besar dihuni oleh 20 orang pelajar puteri dari tingkatan 1 sampai 5. bilik yang tidak mewah ini memuatkan sepuluh buah katil double-decker dan 20 buah almari kecil di susun begitu rapi. inilah sudah mengcukupi bagi pelajar-pelajar sek ini bagi meneruskan usaha memburu cita-cita sendiri.

lamunanku terhenti apabila satu cubitan manja hinggap di lenganku. sakitnya terasa di seluruh epidermisku..
"amboi....berangan pulak. kenapa kau xsolat subuh tadi??"Tia sudah mula mengomel..
"kau tahukan dosa besar bagi seorang hamba yang meninggalkan solat. solat itu tiang agama. dan solat suruhan ALLAH yang diwajibkan ke atas semua umat islam...."
tanpa menunggu Tia menyelesaikan ayatnya. aku berkata"aku tak terjaga tadi..penatlah Tia...semalam aku tidur lambat.."
"kalau dah tahu diri tu tak leh bangun awal, janganlah tidur lambat..tak pun kau stay up je sampai subuh..bukan kau selalu wat camtu ke??"Tia membidasku..
"oklah Tia...aku nak mandi dulu..kau bersiaplah..tadi kata nk keluar.."lantas tuala kucapai.
aku sengaja mencari alasan untuk tidak mendengar omelannya di waktu ini. aku sedar aku salah. aku pun tidak tahu kenapa aku begeni sekarang. hidupku semakin hanyut dibawa arus dunia. aku semakin sibuk dengan urusan harianku sehingga melupakan tanggungjawabku sebagai hamba-NYA. aku tenggelam dengan duniaku sendiri.
"ya ALLAH..kembalikanlah aku ke jalan kebenaran-Mu, pimpinlah aku di landasan-Mu, janganlah Engkau membiarkan aku hanyut di lembah dunia yang mengasyikkan ini..aku hamba mu yang paling lemah. aku bermohon kepada-MU..aku bersyukur Engkau mengurniakan dia sebagai sahabatku yang tidak pernah bosan untuk mengingatiku..ALHAMDULILLAH..."hati kecil ini berdoa da bersyukur kepada-NYA.
jauh di sudut hati ini. aku mengagumi Tia. aku juga malu berhadapan dengannya. kalau dibandingkan dengannya, diriku 1000x lebih hina darinya. sepanjag aku mengenalinya, dia amat baik..tanggungjawabnya terhadap dunia dan agama tidak pernah dilupakannya. memang aku sering lebih beruntung darinya tapi hatiku tidak setandingnya..




p/s- cm tergantung cite ni..tp xde idea dh..to be continue la...

June 11, 2009

malaysian vs indonesian

tengok pada tajuk mmg kontraversi habis..but isi dia xde la seteruk yang dipikirkan..just wanna give an opinion je..

suatu petang yang damai, seisi ahli pondok ganteng santai menghirup udara petang.aktiviti yang sering dilakukan.berkumpul dan bersembang sambil bergelak ketawa.dari satu topik berpindah ke sutu topik yang lain.dari topik-topik ringan(how ur class today??),gossip(si polan & si polan),hingga ke topik berat(isu2 politik, agama dll) habis dikupas tuntas oleh jemaah musyawarah pondok ganteng.satu persatu pendapat dilontarkan, setiap ahli bebas berbicara tanpa rasa ragu dan malu.perkara yang lucu digelakkan bersama-sama....itulah pondok ganteng hanya sepi tatkala dibuai mimpi dan di medan peperiksaan..(tapi ade gak yg time2 exam wat keje giler..hehehhe).
namun, perbualan santai tadi berubah menjadi gempar...
"korang dh bc kn yg post bdk farmasi(indonesian) kt fb tu.."seseorg bersuara..
"tu lah bodoh betul.."amarah terpercik dari mulut seorg lagi...
"tapi klu benda tu jd btul2 cne...??"persoalan dimuntahkan..
"emmmm.....siap ade group kt fb lg...'ganyang malaysia'...."
(dll..xperlu rr detailkan.......)


ituah reality skrg ini..indonesian berteriak mahu 'perang' malaysia di dunia maya ini..rakyat kedua-dua belah negara keluar dengan hujah masing-masing mempertahankan tanah air tercinta..ya..kelihata jelas patriotisme kedua-dua negara..sebagai warganegara melaysia saya berbangga dan bersyukur nasionalisme rakyat malaysia masih tinggi.

apa yang menjadi keanehannya di sini, kenapa tindakan 'kutuk-mengutuk' antara negara ini boleh timbul di alam cyber ini??sedangkan kita serumpun dan susur galur keluarga dan negara tidak lari dari hubungan dua begara ini..
apa yang menarik perhatian saya adalah dakwaan seorg bangsa indonesia yang ditulis di dalam fb mengatakan bahawa dia terjumpa sebuah blog dari yang menghina negaranya. ada lagi yang menggelikan hati 'kalian menghina kita di blog yang mana seluruh dunia bisa membacanya sedangkan kami hanya di fb saja'...pertanyaannya fb ni just for malaysian n indonesian ke???..kadang-kadang geli hati gak baca post pendapat org ni.

kejadian ini telah mengimbau kenangan saya sewaktu di alam persekolahan. seorang ustazah pernah menjelaskan...tamadun islam dikatakan akan kembali berada di tempat teratas pada akhir zaman nanti.hal ini telah diketahui oleh orang kafir.bila??dimana??bagaimana??kita juga tidak tahu.menurut si ustazah tadi..keagunagan islam dahulu amat digeruni kerana ilmu,amal dan taqwa umatnya.hanya dua hal yang boleh membuatkan islam bangkit kembali.pertama:kemajuan ilmu dan teknologi..kedua:peningkatan jumlah umat islam yang beramal dan bertaqwa kepada ALLAH.
topik menarik ini telah dikongsi dan dibincangkan oleh seluruh ahli kelas dengan bimbingan ustazah tadi.."jika dilihat pada dunia hari ni..kita umat islam bagaikan berada di hujung tanduk..bagaimana kita akan bangkit??siapa pemimpinnya...generasi kalianlah yang bakal jadi pemimpinnya.."kata ustazah.
"mari kita lihat tanah besar arab hari ini..kehancuran demi kehancuran berlaku setiap hari..peperangan tidak pernah sunyi seiring waktu berlari.apakah kalian fikirkan tamadun islam akan bangkit di situ???"persoalan ustazah membuka mataku yang layu...
"apakah kamu semua tidak merasa bahawa peperangan itu adalah untuk menghancurkan 2 faktor yang saya sebutkan tadi..mereka bukan sahaja tidak akan berhenti untuk terus menjatuhkan islam yang dh memag jatuh ini..malah akan terus berusaha memastikan kebangkitan yang didakwa itu tidak akan kembali bangkit.."ucapan ini tenang meluncur dari mulut ustazah..
ustazah meneruskan ucapannya..."dan tidak mustahil satu hari nanti negara kita akan diserang juga..."jantung bagaikan tidak mampu berdegup lagi medengar ucapan itu..
"tapi kenapa ustazah??"tanya seorang teman..
"selain negara-negara arab.....malaysia dan indonesia yang meletakkan islam sebagai agama rasmi..di mana malaysia yang telah diketahui dunia merupakan negara islam yang sedang membangun..dan negara indonesia merupakan negara yang penduduk islamnya ramai..jika kedua negara ini bergabug maka dua faktor tadi telah meningkat..bererti kebangkitan islam mungkin akan berlaku dari penyatuan ini..inilah yang ditakutkan oleh orang-orang kafir di luar sana..."terang uztazah...kata2 itu tidak pernah luput dari mindaku sejak hampir 10tahun..masih terngiang-ngiang di cuping telinga ini...

jadi bila dikaitkan dengan hal yang sedang berlaku dengan pernyataan ustazah itu...saya berpendapat mungkin ini satu rencana licik pihak-pihak yang tidak mahu melihat dua faktor tadi menyatu..mungkin ini yang dikatakan serangan ke atas negara kita..ada pihak yang menanti perpechan ni..ada pihak yang bergembira atas perang cyber yang meletus sekarang ini.oleh itu, saya menyeru kepada pihak2 yang menginginkan peperangan ini berlaku untuk membuka mata dan mejalarkan minda untuk memikirkan da melihat apakah perang ini wajar diteruskan..???

renung-renungkanlah....

May 03, 2009

diri di lembah putus asa

hidup untuk siapa lagi??
hidup demi apa lagi??
masihkah ada ruang buatku??
mahukah umat menerimaku??
jijik pandangan hinggap di retina..
herdik hinaan melekat erat di cuping..
tubuh ini tidak berdaya membatu..
hati ini tak mampu bertahan..
apakah akal bisa rasional??
sampai kapan bisa teguh berdiri??
tersungkur mencium bumi kufur...
bukan niat tidak bersyukur..
siapa yang harus dipertanggungjawabkan??
salah siapa diri jadi begini??
hati terus mengugut..
supaya si nyawa dicabut dari sang jasad..

April 26, 2009

kenapa kamu nak jadi doktor???

"kenapa kamu nak jadi doktor??"....fuhh....inilah soalan yang paling susah aku nk jawab.air jernih menjengah gigi rambutku.jantung berlari kencang sambil telinga menangkap setiap kata-kata yang keluar dari mulut manis teman-teman sekumpulan dengan ku.kami di sini sedang menjalani temuduga ringkas.dalam 10 org itu hanya aku je yang apply dentistry..

ahhhhh!!!!si otak ligat mencari jawapan yang sesuai utk pertanyaan itu."apa aku nak jawab ni.."hati menggelabah sendirian.mataku bertemu mata si penemuduga.perih terasa saat aku menelan ludah.kini tiba giliran ku.sepi menyelubungi kamar sederhana besar ini.setia menanti susunan kata dari bibir ku.aku masih kosong..masih tidak ketemu jawapan yang sebebnar..

"sebenarnya saya tidak berminat untuk jadi doktor..saya berminat dalam bidang engineering..."berterus-terang jalan yang ku pilih.terlintas di depan ku wajah mama dan abah yang mengharapkan kehadiran ku di sini.."maafkan along.."diri ini bakal mengecewakan mereka.terkejut seisi bilik ini.diam seketika..teman-teman kelihatan berbisik-bisik sesama mereka.

"tapi kalau menurut puan saya layak dan saya diberi peluang saya akan cuba mendalami ilmu ini dan berusaha yang terbaik.."aku mengakhiri kata-kata ku.aku tidak berani lagi menoleh ke kiri dan kanan..malu aku bersemuka dengan teman-teman yang lain.
"kalau kamu seorang dentist kelak,apa yang kamu lakukan untuk meningkatkan kesedaran rakyat malaysia tentang pentingnya kesihatan gigi dan mulut???"pertanyaan diubah dan dilontarkan kepadaku.hati berbunga riang.."soalan macam ni senang sikit...."bisik sang hati..
aku menjawab pertanyaan itu dengan penuh keyakinan.satu persatu pandang dan cadangan ku dilontarkan..

usai sesi temuduga itu.....

ringg!!!!!telefon genggamku menjerit minta dijawab."aduhhhh....siapa pulak yang call time2 camni..aku nak tido pun xsenang.dah la kejap lagi ade kelas pulak.."omelku sebelum punat 'answer' ditekan."cik nurul habibah..saya dari JPA anda telah diterima untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang dentistry di Bandung,Indonesia.nanti surat pemberitahuan rasmi akan dikirimkan kepada kamu...".tersentak aku mendengar berita itu.talian dimatikan.ayahanda dan bonda di kampung dihubungi bagi berkongsi berita yang entah gembira entah duka sekarang.

sang ibu tersenyum riang melihat kepulanganku.ini kepulanganku kali pertama dan terakhir dari UITM yang sudah sebulan aku menjadi penghuninya.kenalan dan pengalaman yang hanya sedikit kukutip dibawa bersama.FKE yang diimpikan terpaksa ditinggal setelah sebulan aku mendalami liku-liku hidupnya..

"kenapa kau quit??kenapa kau nak tukar course lak ni??"soalan bertubi-tubi aku terima dari teman rapatku..setahun di matrikulasi membuatkan dia benar-benar memahami kehendakkku.."aku nak wat cane lagi..dah mak ayah aku nak sangat..xsampai ati aku nak bantah bile tenok muka mak aku tu..kau pun taukan diorang tu dari dulu lagi nak aku jadi doktor ni..aku je yang xnak...tu yang aku pilih dentistry..interesting what explore benda baru.."jawabku berbaur hampa."so kau nak la korbankan minat kau demi parent kau??"tanya si teman lagi..
termenung aku seketika.."aku tau kau sayang aku..hehehehehhe..aku redha..mungkin ini ketentuan-Nya..lagipun minat boleh dipupuk,kemampuan boleh dibina..yang penting usaha dan terus usaha.."jawapan ini ku harap dapat memberi keyakinan bukan saja padanya juga pada diriku..

kini hampir 3 tahun aku di bumi FKG ini.3 tahun aku mengenali,mengharungi,dan mendalami ilmu dentistry dan hidup di FKG."aku sangat-sangat mencintai dunia ini.walaupun aku tidaklah sehebat Ibnu Sinar tapi aku tetap berusaha untuk jadi yang terhebat.."hatiku berlagu riang..
apa yang lebih menggembirakan...aku sekarang sudah menemukan jawapan kepada persoalan itu..."kenapa kamu nak jadi doktor???"..

di bumi jatinagor ini..minatku terpupuk.mindaku tebuka..hati mula menyintai dunia kesihtan yang dulu dipandang sepi bagiku.."sekali melangkah selamanya terus bertapak sehingga bisa berlari"kata inilah menjadi bekal dan peganganku setiap saat menjalani hidup baruku di sini..dikala sang kecewa menjengah hati,jiwa didekatkan kepada ILLAHI..aku yakin bahawa inilah jalan yang telah ditetapkan NYA buatku...

April 20, 2009

resepi untuk berjaya dalam pekse..

bahan-bahan:

bahan A
100 helai note kuliah
beberape buah buku rujukuan
50 helai kertas kosong
3 batang pen
1 batang pensel
5 batang highlight

bahan B
sepenuh hati kesungguhan
sekuat tenaga kerajinan
semua akal fokus
sekerap mungkin doa
seluruh jiwa tawakal

cara-cara membuatnya:
1-semua bahan A dikumpulkan di atas meja.
2-kesungguhan,kerajinan dan fokus diaduk menjadi satu.segala kemungkinan kegagalan semasa mengaduk di minimalkan.
3-setelah selesai, campurkan dengan bahan A tadi.
4-biarkan selama 2jam.
5-selepas 2 jam berdoa memohon dimudahkan jalan dan ditenangkan hati.
6-ulangi semua step di atas setiap hari sehingga hari ujian..
7-pada pagi ujian,melangkah dengan penuh tawakal ke dalam dewan pekse dan menjawab soalan pekse dengan penuh tekun.
8-akhir sekali berdoa dan bertawakal kepada ALLAH

April 19, 2009

butakan mata..pekakkan telinga...tenangkan hati..

amarah memanjat diri...
geram menggigit hati...
umpatan merangkak ke dalam telinga..
kekejian terukir di bola mata..
sungguh kekuatan dicari-cari..
ketabahan kian tipis..
kesabaran hampir ke penamat..
mampukah diri mengawal emosi..
saat akal mengingati ILLAHI..
si tangan mengawal penumbuk..
si kaki mengikat penyepak...
ALLAHUAKBAR.....
ucap akal berkali-kali...
dalam usaha memerangi merah yang berapi..
mata berjaya dibutakan...
telinga dipaksa untuk tuli..
hati dipujuk untuk tenang..
api marah tadi marak menyala..
kini kian lemas tanpa udara..
kesabaran berundur ke garisan permulaan..
logik si akal berlegar-legar di fikiran...
amarah yang tadinya memengani si hati..
kini tersungkur di kaki diri yang berani....

April 17, 2009

AKU TAKNAK KERJA

ketandusan idea memaksa jari-jemari menari tanpa irama.angin malam berhembus dingin.namun si epidermis tidak merasakannya.bahang dari dalam terasa keseluruh bahagian diri.
"ayolah wahai minda..bagun dari tidurmu.ini bukan waktunya kamu menikmati lena yang berpanjangan..kamu harus bekerja.si jari harus menerima arahan mu...."hati memujuk lembut si minda....
"kau ni minda..naik lemak pulak ek..orang bagi rehat kejap je.kau lena sampai malas nak keje..nak jadi pe kau ni haa....!"si jiwa melepasakan marahnya yang berapi..
"andai aku ada keajaiban cam minda tu..sure aku tak tidoq nye.siang malam aku keje.."sinis kata-kata si mata kali ini..
herdikan,tomahan,hinaan serta kebengangan ditelan oleh minda dalam diam.."teruk sangat ke aku ni??"terlintas di benak minda ketika tu..
"AHHHH!!!bukan diorang tau susahnye keje aku..semua aku kena buat..tanpa aku diorang bukan tau nak buat ape..salah ke aku nk rehat kejap...kaco betul..xleh tgk orang nk bersenang.."geram si minda dengan bebanan yang diterimanya saban waktu..
minda meneruskan perbuatannya tanpa mengira pandangan teman-temannya.tidur..tidur..dan terus tidurr...keletihan telah membawanya kepada lena yang lama..terasa lelah menjalankan perkerjaan hariannya..
"minda...minda.."panggil si jari perlahan..."tolonglah aku minda...aku sudah penat menari tanpa rentak dari mu.....tolonglah minda...jangan siksa aku...."sambungnya lagi...
berang si minda tidurnya diganggu...dia memandang jari seperti mahu ditelannya.....
"AKU PERLU REHAT!!!!!!!!!JANGAN GANGGU AKU!!!!!!!!!AKU NAK TIDUR!!!!!AKU TAKNAK KERJA!!!!!!!"muktamad keputusan si minda...

April 15, 2009

tabib peluru...

seikhlas hati...
seindah senyuman...
semurni jiwa...
selembut bicara...
sesayup mata memandang....
hny itu yg mampu dilakukan...

jeritan demi jeritan menerpa si gegendang telinga..
apakan daya tiada yg mampu mengerti..
cuping dipekakkan...
mata dibutakan...
hati ditabahkan.....

tangisan dan raungan menjadi makanan seharian...
adakah kejam jika mampu berdiam diri..
adakah kejam si derita dilakukan begini...
namun...
tidaklah mudah utk diri melakukannya....
meneruskan tugas sehari-hari dgn rintihan silih berganti...
kekebalan diri dicari setiap detik dan ketika...
apakah perlu si hati sekeras batu...
demi menjadi tabib di medan peluru...

April 06, 2009

hidup:harga sebuah diri

hidup hny menumpang di bumi ini...
hidup yg penuh kefakiran..
hidup mampu mengharapkan ihsan Sang Pencipta..
hidup dipandang hina setengah manusia..

apakah slh si hina berbicara...
apakah slh si hina bercerita...
apakah kegembiraan milik yg berharta...
si miskin dicemuh dan dihina..
adakah mereka umpama boneka tak bernyawa..

cemuhan dan kehinaan menjadi sebati di jiwa..
setiap hari ditangkap kuping..
setiap hari dimamah hati...
saban hari ditelan diri...
sampai bila hinaan harus menjadi santapan harian..
berlaukkan kejian...
berulamkan cemuhan...

semangat dibina...
keyakinan dibentuk...
demi mengatasi tembok yg memisahkan dunia..
antara si miskin dan si kaya..
sempadan membatasi pergerakan...
sempadan melemaskan jiwa...

kekentalan hati dipupuk diri...
ketabahan diri dipujuk akal...
jauh si kaki melangkah pergi...
luas si mata menimba pengalaman...
hnya satu tujuan dicari...
demi menggapai awan yg tinggi...
hny untuk menempa harga diri...

April 02, 2009

pekse=ujian=exam

exam...ujian..dan pekse..
semua mempunyai maksud yg sm...
semua mampu menggelabahkan setiap hati yg berdpn dgn nya...
peperiksaan ibarat medan peperangan
bagi seluruh mahasiswa..
peperangan yg begitu penting n besar..
mungkin lbh menggerunkan daripada perang dunia kedua..

semua yg mendudukinya ada 1 matlamat..
mahu lulus cemerlang....
target itu pasti dicapai..
tergantung bagaimana pandangan org yg mendudukinya...
senjata apa yg mereka pilih..
hny mereka yg tentukan...
senjata dgn ilmu dan persediaan yg asli...
senjata dgn tektik penyontekkan yg rapi.....
atau pilih saja senjata tembak berani mati...
semuanya tepuk dada tny hati..

minggu pekse byk ragamnye...
pemilik kedai2 photocopy jd kaya..
jln2 raya cepat je sunyi..
kosan2 terang bercahaya...
tukang2 ojeg bergembira....
apa tidaknya semua pn naik ojeg sbb nk kejar masa...
penuntut2 beraneka perangai...
ada yg nk mrh2...
ade yg xigt dunia sekeliling mereka..
ada yg bergembira umpama tiada apa2..
setiap tidur mimpi exam je...
ade yg xtidur memaksa diri menelan segala fakta2...
sampai kesihatan diabaikan...
wad menjadi tempat istirehat terakhir....
musibah juga tidak segan silu bertandang ketika ini...
ade yg berdepan dn masalah cinta...
gaduh dgn pasangan...
keliru dgn perasaan...
rindukan seseorang...
itulah ujian bg org yg nk ujian....

aku rindu dia...

emmmm........cne nk mulakan ek..???knp jd cmni...??sedihkah aku??terkilankah aku??kekosongankah aku??perasaan dipendam...senyuaman diukir...apakah aku pelakon yang baik??egokah aku kalau terus-terusan begini??mampukah keegoan ini bertahan...?senyuman ini adakah semanis dulu...?pahait,masin,tawar atau pedas hanya org yg melihatnya akn tahu...
dia hadir lagi dlm mimpiku semalam..hanya dia yg menghiasi mimpi2 malamku kini..sejak setahun yg lalu hanya dia yg bermain di minda dlm jaga dan tidurku..kekosongan meresapi jiwaku dengan pemergiannya...knp harus aku???knp aku yg dipilih??mampukah aku memiku beban ini??berapa lama akn aku bertrahan??
lebaran 2thn lalu menerjah minda...xmungkin akn ku lupakan saat-saat terkahir bersamanya..
"along,abah skrg kt hospital KB..ma kena msk wad kt cni lak..dia tenat semalam..along ckp pe dgn ma smlm???lps ckp dgn along,ma sebak n sesak nafas.."
plan nk beraya diperantauan dicancel...tiket pesawat ditempah pada saat akhir...
sepanjang perjlnan hatiku tidak tenang bermonolog...
"apakah aku yg berslh??slh ke pe yg aku ckp smlm?...ahhhhh...Ya ALLAH selmatkan dia...aku syg dia....syg sgt2...shtkn dia Ya ALLAH...."
setelah menjejakkan kaki di KB..tujuanku langsung ke hospital....keresahan menyelubungi hatiku...tangan ayahanda dikucup penuh mesra..keresahan,kemurungan dan kepenatan jelas terlukis di wajahnya....sedaya upaya dia cuba menyembunyikan perasaan itu dariku..
"aku sentiasa anak kecil di mata abah..."hati ini berkata sinis..
langkah diorak menuju ke ruangan ibu tercinta yang dirawat di unit CCU..aku mengumpulkan kekuatan utk berdepan dgn ma..senyuman yg sukar diukir ku usahakan juga..mata langsung jatuh kt muka ma yg tidak bermaya..dicium tgn dan pipinya..sayu hatiku melihat keadaan ini...
airmata mengalir dr tubir mata si ibu...tidak menyangka aku akn membatalkan segala rencana untuk pulang menemuinya..aku berceloteh menyingkirkn suasana sepi.seperti biasa yang aku lakukan.kekuatan dikumpul dlm diam.senyuman terukir pd wajah tenat itu.bersyukur dgn perubahanku yg semakin feminin.itu yg mau dilihatnya dr dulu.aidilfitri itu semua keluarga berkongsi kesedihan.menukarkan aktiviti tahunan kepada berkelah di hospital.uncle2 n auntie2 bersama anak2 mereka yg beragam tingkah membingitkan suasana di luar wad.
aku harus kembali mlm ini..seharian hari aku habiskan di hospital ini.walau hny dari luar..aku sentiasa mendoakan kebaikan utk ma.aku n abah keluar sebentar utk membeli brg2 yg nk dibawa..kabar yg tidak enak diterima..kami bergegas pulang..
airmata yg ditahan selama ini jatuh laju membasahi pipiku..aku tidak sanggup melihat ma saat itu.diskusi kecil berlangsung antara aku,abah dan doc yg merawat ma.aahhhhhh!!!!kepalaku hny memikirkan dia.perkataan yg keluar dr mulut si doktor hny melintas sejenak ke mindaku.satu pn xsempat ditafsir..
"kita buat pe yg terbaik utk dia..dia masih muda..kite kena cuba.."kata si doktor akhirnya..
keadaan kembali tenang..dgn airmata yg masih bersisa di tubir mata.aku melukis senyuman yg mampu aku lukiskan ketika ini...
"along jgn sedih syg...jgn menangis..along kena kuat..along yg akn jaga adik2 nnt..."itulah kata2 terakhir yg aku dgr dr ma..maaf dipohon dan aku pulang ke bandung..
setiap hari panggilan dibuat..kabar ditanya melalui abah...minggu ujian aku lalui dgn usaha yg ala kadar disertai kebimbangan di hati..
mlm sabtu itu...deringan hp mematikan gelak ketawa aku dan rakan..laptop yg br dibuka ditenung seketika..
"ello....abah ni along..."kekalutan suara abah kedengaran dr ujung talian...debaran jantung aku kencang menunggu abah meneruskan ucapannya...
"along....ma dh xde..br je syg...kejap td.."bagaikan satu bebanan telah terhempap bdnku...airmata terus mengalir deras tanpa ada penahannya..
"along xyah balik ye...along tgh exam kn..."talian dimatikan...
note di skrin laptop aku ditenung kosong...kekuatan yg dikumpul selama ini hilang entah kemana..
aku mendail no angah...dlm tangisan biacara diucapkan.....
"aku kena balaik gak...."bentak hatiku...
setelah diberi izin dr abah..aku bergegas pulang...tengah mlm itu perjln ditemani sayu dan ksedihan di hati...aku menceriakn diri bersama teman2 serumah yg sudi menghantarku ke jakarta mlm itu..untung esk dorg xde paper..
aku smp di rumah stlh magrib...hny keluarga terdekat yg memenuhi rumahku..jenazah telah selamat dikebumikan..aku terkilan aku xsempat menatap wajah ma utk kali terakhir.kegembiraan yg dipaksakan abah jelas kelihatan..wajah sugul dan murung si adik2 aku tenung satu2...aku bertekad menjaga mereka..
lamunan ku terhenti....airmataku kini cukup mudah ditumpahkan...setiap detik bersamanya segar diingatan..dia yg kini hadir di mimpi mlmku...apakah aku masih belum merelakan pemergiannya??apakah aku masih terkilan x dapat melihat wajah ma utk kali terakhir..??apakah aku belum siap utk menerima kenyataan bhw aku tlh kehilangannya utk selama-lamanya??
Ya ALLAH tenagkan rohnya di sana...tabahkan hatiku mengharungi semua ini..aku sgt merindukannya.
kerana ma aku di sini..semoga kejayaan berpihak padaku Ya ALLAH...aku tidak sempat membalas budinya..aku tidak sempat berkongsi saat gembira bersamanya..hny harapan dia yg aku bawa utk terus berusaha dan berjaya..

March 23, 2009

petua Imam Shafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1.. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


mari kite bersama2 mengamalkan ape yg elok dan hindarkan ape yg tdk elok...=)

March 16, 2009

cinta...

cinta.....
satu kata yg sering diungkap..
yang mampu membunuh segala rasa..
mampu menggegarkan dunia..

cinta....
sesuatu yg indah bak kata couple baru...
yang mampu membawa terbang ke langit ke tujuh..
bisa membuat kaki tidak berpijak...

apakah itu cinta??
mampu kita memiliki cinta....
mampukah kita menikmati cinta..
adakah cinta hny indah semata-mata...

anugerah ALLAH yg MAHA KUASA...
kita menikmati cinta...
bagaimana nikmatnya cinta itu....
apakah dia sesedap sundae....

cinta itu sakit sebenarnya...
hormat,hargai,pengorbanan...
itu cinta yg sbnrnya...
kesakitan yg diterima...
kecintaan yg diberi....
kenikmatan dikecapi....

cinta mengajar erti ketabahan...
cinta memupuk kematangan...
cinta melumpuhkan kebencian....
cinta mewujudkan keamanan...

hancur hubugan tanpa cinta...
putus persaudaraan tanpa cinta...
renggang persahabatan tanpa cinta...
musnah dunia tanpa cinta....
tp semakin dekat ALLAH bila cinta xde utkNYA....
CINTA ALLAH tak penah pudar..
xpenah luput...
xpenah berkurang utk hambaNYA...

March 14, 2009

apa erti teman,rakan,kawan n sahabat...

1-teman => org yg slalu diajak utk g toilet...ms zaman sekolah rendah dulu feveret org wat...hehehehe.

2-rakan => org yg melabur modal utk buka bisnes sama2.....bile untung kaut sorg2...hahahhahha..

3-kawan => org yg sentiasa nk beronggeng dgn kita....ketawa smp pecah mulut woooo.......bile susah btg idung pn xnmpk dh....huhuhuhuhuhu..

4-sahabat => org yg ketawa bersama kita...menangis pn nk kongsi gak...brani amek pape resiko utk kita dan berusaha yg terbaik utk kita...ikhlas memberi dan lapang menerima......

p/s:just joking time....but tepuk dada tny jantung siapa kita utk org yg dekat dgn kita..pilih nk jd golongan mana...

hehehhehehehehehhehehe......

keempat-empat nya mempunyai byk persamaan:-
a)semua pn manusia.
b)semua adalah dekat dgn seseorg...
c)semua pn leh jd org yg dekat dgn aku...insyaALLAH...i'll be d best 4 u all....=)

March 03, 2009

masihkan ada keamanan?

kelam sungguh matahari hari ini seperti mengerti kemurungan hati ahmad di kala ini.ahmad remaja 13 tahun.dia terpaksa berhenti sekolah kerana keadaan yang genting sekarang ini.sudah 3 bulan sekolahnya bertukar wajah.dulu,di sini lah tempat ahmad dan teman2 berkumpul meniti suka duka hidup,memenuhi ilmu di dada dan bersuka-suka di masa lapangnya.namun,kini tempat ini berubah wajah.setiap waktu tangisan anak-anak kecil bergema memenuhi segenap ruang di sekolah ini.wajah org2 tua kelitahan murung mengenang nasib mereka,menunggu ajal yang bakal tiba kapan shj.namun,selagi nyawa masih dlm jasad,kaki tetap dikuatkan juga demi hidup yang penuh kegusaran.

ahmad memandang nun jauh di tengah2 padang pasir.dia yang berada di atas bumbung bangunan 2 tingkat itu melihat jelas kelibat kereta kebal sedang meronda2.
"ahhh.....mereka lagi..apa yang dicari mereka??!!!apa yang dorg nak sbnrnya??!!!"geram ati ahmad melihatnya.
wajahnya merona merah menahan marah di hati.marah benar dia dgn tentera rejim israel laknatullah yang telah memusnahkan kebahagiaan ahmad dan lebih beribu-ribu keluarga yang menghuni semenanjung Gaza.

ahmad mengalihkan pandangannya ke arah suara anak2 kecil yang bermain dgn gembira sesama mereka.apakah mereka mengerti dengan suasana sekarang???apakah mereka faham dgn hiruk-pikuk keadaan??mereka masih setahun jagung utk mengenangkn nasib mereka.dalam keadaan yg serba kekurangan mereka masih mampu ketawa meniti tumbesaran hidup."alahai adik2 kecilku..kamu masih terlalu kecil utk semua ini..masih jauh lorong hidup yg perlu kamu lalui..ntah masa depan buatmu masih ada atau tidak??".ahmad mengomel sendiri..

makan malam kali ini dikejutkan dgn suara bising dr depan barisan.."kau jgn nk mengada-ngada!!!aku dh bg mkn dh cukup bgs..stok maknan kite dh nk abs..bantuan belum smp..nk mkn pn igt rr kt org lain!!lihat sana.....berapa ramai lagi yang belum mkn..!!anak2 kecil belum semua dpt mknan.."tengking seorg lelaki berusia dlm 30-an..lelaki gemuk itu masih belum berpuas ati.dia mendapat mknn yg lebih sedikit dr hari kemarin.dgn amarahnya dia membali bekas yang berisi mknn..tindakan dia itu telah membuat org2 di sekitar marah...pergomolan antara mereka telah bermula.."bang!!!"satu das tembakan berbunyi.pihak keamanan meleraikan pergaduhan.keadaan kembali normal.

suasana sepi mengelambui malam hari ini.sekali diperhatikan warga di kem pelarian ini kelihatan enak dibuai mimpi.namun,siapa yang tau apa yg bermain dlm mimpi mereka.bagi yang dewasa dan veteran,tidur mereka tidak terlalu diulit mimpi2 indah.kejadian 3bulan lalu bermain2 di mata mereka bahkan menjadi peneman setia tidur mereka.

booooooooooommmm..lena pelarian di sini tergangggu."kita diserang!!!!!!"kedengaran suara org2 menjerit.semua bangun meneyelamatkan diri.kelihatan bangunan depan sekolah sedang dijilat api.."api!!!!api!!!api!!!...tolong...tolong"suara pekikan org2 jelas kedengaran..ahmad terbangun dr tidurnya.sekitarnya terasa panas sekali.alangkah terkejutnya ahmad..bahagian barat bangunan itu sedang marak dipanjat api.suara tangis anak kecil memenuhi ruangan.ahmad berlari ke arah seorang kanak2 lelaki yg berusia sekitar 3thn.ibu si kecil itu telah meninggal dunia akibat terkena serpihan kaca tingkap bangunan.ramai lagi manyat bergelimpangan di kawasan itu.semuanya terdiri dr puluhan mangsa terdiri dari semua golongan termasuk org tua dan kanak-kanak yang tidak berdosa.suasana pilu menyelubungi hati ahmad.kekecewaan bertandang lg.kebencian membuak2 persis api yang sedang marak menjalar keseluruh bangunan..

dummmmm....kayu atap jatuh tepat di depan mata ahmad.lamunannya terhenti seketika.ahmad mengandong anak tadi dan sekuat hati dia berlari menyelamatkan diri.api dengan lahapnya menbaham bangunan itu.."aduh!!!!nk lalu mn ni...mati aku..."semua laluan utama telah dikawal oleh api.tangisan budak lelaki itu semakin kuat.ketakutan menyelubungi dirinya.walaupun dia tidak mengetahui apa yang terjadi sebenarnya tapi ketakutan membungkus dan mencengkam kuat dirinya.ahmad panik sebentar...."astagfirullahalazim........"terus dia beristigfar.hatinya mengingati ALLAH SWT..kekuatan diri terus dibina.."aku kena kuat demi adik kecil ini..aku perlu berusaha..aku harus tabah..aku kena cari jln utk kau wahai adik..jgn menangis.."janji ahmad pada dirinya dan anak kecil itu terus menangis.

ahmad berlari kencang ke arah tingkap yang hampir separuh dijilat api.dia nekad.kanak-kanak tadi dipeluk erat.ahmad melompat keluar tingkap sekuat hati.pelukkan dikencangkan.dia menjatuhkan badannya dahulu..nama ALLAH meniti bibir dan dia berserahkan segalanya kpd YANG MAHA KUASA.

org ramai bekerjasama memadamkan kebakaran.ada yang meraung kerana kehilangan org yg tersayang.ahmad memandang sayu..dia sudah tidak berdaya lg.pedih dirasakan seluruh badannya.luka memenuhi seluruh badannya sewaktu melompat turun dr tingkat 2 td."dimana anak kecil td??!!!"tanya ahmad kepada lelaki yg sedang merawat lukanya.."dia ade disebelah sana."jwpan tenang diberikan kepadanya.ahmad menoleh ke arah yang ditunjuk.kelihatan si kecil lena kepenatan.

ahmad terjaga dr lena yang panjang.terik mentari membuatnya terjaga.dia melihat aiman yang berada di sebelahnya.sudah 3 minggu dia dan aiman terselamat dr peristiwa pengeboman itu.sekarang dia dan aiman telah tinggal di kem pelarian yang lain..entah di sini selamat atau bakal mengalami nasib yang sm seperti tempatnya sebelum ini..apapun hny pada ALLAH dia menyerahkan segalanya...

February 28, 2009

TAJ MAHAL: CINTA TIADA BANDINGAN...

dikala cinta hadir di hati...
dikala cinta penuh di dada...
dalam si suami menyintai zaujahnya..
cinta berkunjung berkah Ilahi..

kekayaan bertumpuk di mata..
ketenangan bergunung di hati...
kecintaan bertasik buat si isteri...
namun tiada setanding kuasa Ilahi...

sepenuh sayang Shah Jahan...
Taj Mahal dibina demi Mumtaz tercinta...
sejuta kepakaran menjadi satu...
seabad tenaga berganding bahu....
dengan izin NYA kesenian agung gah berdiri...

cahaya mentari tidak jemu menyinari...
disela tembok ia sampai ke bumi...
dipasak bumi Taj Mahal teguh berdiri...
seteguh cinta suami dan isteri...
sekuat itu kecintaan Ilahi.....

February 25, 2009

AKU, DIA dan CINTA

cinta sesuatu yang luas artinya..
cinta bisa jadi sgt luas fahamannya..
cinta boleh buat org gila kerananya...
apa sebenarnya cinta...

aku adalah insan yg biasa...
aku adalah mahluk ciptaanNYA..
aku ibarat hamba sahaya...
yang perlu memenuhi perintahNYA..

dia manuisa yg istimewa...
dia pencuri ati plg berjaya...
dia adalah dia yg bersahaja...
tp siapakah dia....

siapakah dia yg aku kenali...
cinta berputik dlm ati....
mengenalinya sesuatu yg bererti...
menyayanginya ibarat sesuatu yg mati...

bertikam lidah perkara pasti...
ibarat rempah dlm kari...
benci membawa rindu di hati...
sebagai cara kenali diri...

dia yang aku cintai....
memberi janji yang xpasti...
doa dipanjat ke hadrat ILAHI...
semoga bahagia di akhir nanti...

February 24, 2009

ANIS SAYANG PAPA~

petang yg damai ini anis menghabiskn waktunya di kamar.atinya hancur dan remuk.lebih hancur klu nk dibandingkn dgn daging kisar yg jd kuah spagetti.
"aku benci pempuan tu!!!!"ntah berapa kali ayat itu keluar dr mulutnya di sela tangisnya.marah benar dia kali ini.tidak pernah dia semarah ini.

anis pulang dr sekolah dgn kepenatan yg nyata.perutnya kini telah berirama pop rock.tidak tertahan lg dia.sesampai di rumah.meja mkn menjadi tumpuannya.saji kuak olehnya.
"emmmmmmmm.....sedapnya bau.."gerutu anis dlm ati..
"amboi2......bgsnya anak dara.."suara mak eton mengejutkn anis.mak eton berdiri memerhatikan gelagat anis dr td.senyuman paling manja anis hadiahkan buat mak eton.mak eton adalah pekerja yg digaji oleh papanya.mak eton yg telah membesarkan anis dgn penuh kasih syg stlh mamanya meninggal dunia.mereka mmg akrab.
"cne rr aku leh xperasan ade mak eton kt blkg.."anis berkata dlm ati.malu pd dirinya yg terlalu gopoh.
"anis lapar rr mak eton..xthn bau mskn mak eton ni..sedap...tp rsnya lbh sedap.."kata anis dgn tawa hilai."nk kontrol nye psl.."gerutu atinya..
"klu iya pn smp rr ke blk dlu..ganti baju tu..solat zohor jgn lupa..cepat sikit ya...mak eton pn dh lpa ni..."mak eton berkata sinis.faham benar dia dgn perangai anis.anis anak majikannya.sudah 17thn dia bersama anis..sejak dilahirkan smp sekarang..anis anak yg baik,periang dan cerdas.setelah kematian mamanya 10thn yg lalu.mak eton bersengkang mata menjaga anis.dia telah memberikan kasih syg sepenuhnya kepada gadis mugil itu.dia sgt menyayangi anis.mereka bahagia bersama.

"sedap rrr mak eton msk.."puji anis bersungguh-sungguh.dia mmg suka mskn mak eton tambah plk kurtub daging.mknn feveretnya.
"mkn mmg rr sedap...cuba msk...ilang sedapnya...hahhahahaha"mak eton membalas.anis mmg tidak gemar memasak.klu disuruh membantu mak eton memasak..pasti muncung 10inci timbul di mulutnya.
"eh.....kamu habiskn mknn ni..papa nk mkn pe nnt??"mak eton terigt bhw dia tidak mensisakan lauk pauk sewaktu masak td.
"alaaaaa.....mak eton xyah rsau..kn papa dh ade bini baru..bia r bini br dia yg msk.klu papa tny ckp je anis yg abiskn.."anis berkata sinis..dia membasuh tgn sbg tanda perutnya telah terisi penuh.ilang seleranya mendengar nm papa disebutkan..

begitulah anis setelah 8bln yg lalu.hbgn anis dgn papanya telah terpisah oleh jurang kini.jurang yg sengaja diciptakan olehnya.paling menyedihkn jurang itu semakin luas dr hari kesehari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan jurang sedlm jurang marina telah memisahkn anis dgn papanya.anis begitu marah dgn papanya kerana papanya telah berkahwin lain.dia tidak suka papanya berkahwin lain.tmbh melukakan ati,papanya sudah tidak mempedulikan dia lg.24jam 7hari papanya asyik berkepik dgn ibu tirinya itu.setiap mlm anis tdo dgn dibanjiri airmata.dia mendamkan kesedihannya di siang hari..dia tidak mau org2 yg menyayangi dirinyaterutama mak eton melihat dia sedih.

anis asyik menonton televisyen ptg itu.tiba2 papa dtg bersama ibu tirinya.papa duduk menghadap anis.anis membetulkn duduk.dia langsung tidak melihat wajah ibu tirinya.
"papa tahu kamu marahkan papa..papa tahu kamu msih marahkn papa soal semalam..tp kita xleh tolak pemberianNYA..kamu tidak bersalah dlm hal ini..anis,kamu sudah dewasa.papa hny mau kamu fhm..papa sayang kamu..dan selamanya papa akn syg kamu..papa kawin dgn ibu pn kerana papa sygkn kamu..papa xnk kamu sendiri..anis...sudah smp masanya papa beritahu kamu..papa hidup sudah tidak lama.papa menghidap barah otak..papa akn pergi bila2 ms sj.."tuan azri diam menahan sedunya..
anis tersentak.....apa yg aku dgr ni??..atinya bgai ingin menjerit tp lidahnya kelu tanpa kata...airmata mengalir laju di tubir matanya...
"papa nk kamu terima ibu dan adik kamu yang bakal lahir nnt..jaga dan sygi mereka seperti mn papa menyayangi kamu.papa hny mahu kamu idup bahagia..papa xnk kamu sendirian di dunia ini.."airmata mengalir deras dr mata tuian azri...sebak dadanya...
anis tidak berkata...trus berlari mendapatkan papanya..dia memeluk erat papanya..."papa..maafkan anis...anis terlalu pentingkan diri sendiri...maafkan anis papa..jgn tgglkn anis papa...ANIS SAYANG PAPA!!"anis berkata dlm sedu sedan.dia memeluk erat papanya bgaikn tidak mau dilepaskn..
"anis tidak sendirian...anis ade ibu...."kata puan ani..ibu tirinya...
anis menggangguk dgn bdn terhenjut-henjut menahan tangis..dia memeluk erat papa dan ibunya...."MAAFKAN ANIS......"

bahagia milik siapa.....

apakah kebahagiaan hny sementara..
apakah kebahagiaan bkn milik semua..
bahagia di sisi yg tersyg...
bhgia bersama yg tersyg...

tapi...
ke mana kbhgiaan itu kini...
sekelip mata ia hilang..
sekelip mata ia diragut....
sesat mencari kbhgiaan..

namun...
apa yg plg bhgia kini...
ketabahn ati yg harus dimiliki..
kekuatan ati yg harus dibina...
kecekalan ati menjadi benteng hidup ini...

sejauh mn kbhgiaan ini mampu dikecapi...
sejauh mn kbhgiaan ini mampu dinikmati...
kematangan minda memainkn perannya...
keluasan pandangan memulakan kerjanya...
mampukah aku.....

February 23, 2009

DIA atau dirinya..

jantung berlari kencang..
ati menari rancak..
minda berputar ligat..
mata memainkan peranan..
saat dia tepat di retina ku..
aku kaku...
keringat mulai menjeguk gigi ranbutku..
apakah perasaan ini??

tersedar aku dr lamunan..
sujudku dibanjiri mutiara jernih..
aku sedar bahawa aku telah jauh dr NYA..
DIA yg sentiasa ada..
DIA yg sentiasa di sampingku..
DIA yg begitu menyanyangiku..
namun..
knp aku meninggalkn dia??
ketika ati bernyanyi merdu..
ketika telinga menerima bisikan syahdu..

aku alpa...
aku lupa....
aku dilema...
siapa sebenarnya kekasih hatiku??
siapa yg hrs ku pilih??
DIA atau dirinya....

February 22, 2009

MILO...

"tik...tik..tik..." air dari langit jatuh mengenai kepala kecilku...apakah ini pertanda buruk buat ku???dr masa ke semasa aku merasakn percikkn air semakin banyak mengenai kepalaku...dengan halaju yang sgt kuat..ditambah pula tekanan dr air yg jatuh...badanku merasa sakit...."tolong..tolong..tolong.."hanya itu kata2 yg mampu keluar dr pita suara ku...dr kejauhan sana aku melihat segerombolan manusia berlari2 tidak temtu hala..hati bermonolog lagi..."bencana apa yg bakal aku hadapi..."
"tolong..tolong...tolong..."aku tidak putus asa.....aku tetap menjerit berusaha mencari perhatian......"aku tidak mahu mati di sini.."hatiku berkata lg.."aku masih mau menjalani hidupku.aku harus merealisasikan impianku..."azamku kuat kini...
tiba2.......hitam pekat mengelilingiku...keadaan gelap sekali..yg hny mampu ku dgr hnylah suara2 yg tidak ku kenali....."aku dimana?"ketakutan mula memanjat hatiku..aku paling benci dengan kegelapan....aku tidak tau harus bagaimana lg....aku berusaha mencari sedikit cahaya...kakiku melangkah ke segenap ruang....namun kehampaan bermaharaja lela.....kegelapan berleluasa....meneruskan langkah tanpa arah di dalam kegelapan itu...akhirnya aku pasrah....aku tidak mampu lg utk berdiri....perutku sudah mengalunkn irama malaysia ala2 norhaniza idris....rancak n terus rancak...aku menyerah.....aku menyerah....aku menyerah....
sesuatu menggganggu tubir mata ku....aku hny mendiamkn diri...membiarkn shj mataku digangggu...kedinginan meresap ke tulang2 ku...satu hentakkn kuat kuterima di perut ku....perih sekali..."hissssshhhhh..sape plk yg kaco aku nk tdo ni.....xleh tgk org senang btul rr....."mataku terbuka luas....hampir keluar biji mata ni bila aku menyedari bhw aku telah diserang oleh air hujan yang mengalir deras dr langit...."xguna pny langit...ko mmg xleh tgk aku senang...."jeritku kepada langit....."hahahhahahahhaa...aku senang ati skrg ni....ko jgn nk berehat je kejenye...."langit mentertawakan ku...ahhhh..abaikan si langit...dia mmg selalu begitu....
mataku melirik ke belakang....ada yg memerhatikan ku dr td....siapakah mereka??mau apakah mereka dgn ku???meraka menghampiri ku....."TIDAKKKKK...aku hnylah anak yatim yg tidak berharta....jgn korg culik aku.."jeritanku tidak diendahkn mereka..aku dimskkn sekali lg di ruangan yg gelap...aku meronta dan terus meronta...tiada siapa yg mendengariku...
haaaaa...aku msh melihat sedikit chy yg msk ke sini...aku berlari kencang...menuju ke ruang chy itu...lari....lari.....lari...
akhirnya aku berjaya menjengukkn kepalaku ke dlm chy itu..."aaahhhhh....leganya..."dusssshhhhhh......aku terpelosok jtuh kembali di dlm kegelapan td..."apakah slh ku?knp aku xleh keluar dr kegelapan ini...."ini tidak adil bg ku....."TIDAK ADILLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!"kepala ku tiba2 berdenyut....keadaan sekeliling berpusing kencang.....halaju putaran bertambah dan terus bertambah...aku tidak terthn lg....kakiku tidak mampu menahan berat bdn ku...akhirnya aku kaku di sudut ruangan ni....mata tertutup rapat dan akhirnya.....sunyi dan kosong.......---------------------
aku membuka mata....pedih terasa...sekitarku penuh dgn chy kemilau...."dimanakah aku???"monolog ati terus bermain..cerebrum aku paksa bekerja....mencari jwpan yang pasti...namun,tmpt ini xde dlm igtan ku....."oh....apakah ini nmnye 'syurga'???"aku di sini dlm rumah yang gah berdiri..
hidupku mewah....mknn n minuman sume tersedia penuh di pinggan n cawan ku...aku yakin ini rr syurga yg dibicarakn sume org..
aku bahagia di sini....kasih syg melimpah ruah.....xpernah aku rsai kebahagiaan begini......"MILO....MILO....MILO..."tersentak aku dgn panggilan itu...aku berlari ke arah suara yg memanggil ku....






February 20, 2009

permulaan..testing...testing...huhuhu

dikala embun pagi mulai kering,sang mentari meragkak menerangi alam semesta,aku yang kebosanan sendirian di kamar terang benderang dilimpahi cahaya lampu philips merajinkn jari jemariku utk mengklik n mengetik keybord kecil ni.....
tetiba ideaku terima utk wat blog ni..namun wawancara minda bermula...aku nk tulih psl pe??aku nk share dgn org pe???semua jwpan yg aku harapkan xjgk keluar..lantas dengan seribu kekosangan minda jari kecilku meneruskan tariannya dgn rancak bak irama pop rock.hati kecilku menjerit mengatakan..."kau tulis je pape pn..yang penting otak ko berkerja..nk mengayat dlm ni pn bkn ade org kisah....."sebahagian lagi berkata..."ko kena rajin menjana input...memainkan 6th sense ko...bg mereka semua bekerja...dh lm mereka diam tanpa kata...jgn terlalu manjakan mereka...dh smp masanye utk mereka aktif...pasti dgn kejersama mereka ko akn menghasilkan karya yg agung...kalah karya A. Samad Said..hehehehehe".
fuhhhhhh.....angan2 leh tahan gak hati aku ni..kita lihat mementom kerajinan jariku cne nnt...penantian ini akn menjadi sesuatu yang misteri....