March 23, 2009

petua Imam Shafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1.. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


mari kite bersama2 mengamalkan ape yg elok dan hindarkan ape yg tdk elok...=)

March 16, 2009

cinta...

cinta.....
satu kata yg sering diungkap..
yang mampu membunuh segala rasa..
mampu menggegarkan dunia..

cinta....
sesuatu yg indah bak kata couple baru...
yang mampu membawa terbang ke langit ke tujuh..
bisa membuat kaki tidak berpijak...

apakah itu cinta??
mampu kita memiliki cinta....
mampukah kita menikmati cinta..
adakah cinta hny indah semata-mata...

anugerah ALLAH yg MAHA KUASA...
kita menikmati cinta...
bagaimana nikmatnya cinta itu....
apakah dia sesedap sundae....

cinta itu sakit sebenarnya...
hormat,hargai,pengorbanan...
itu cinta yg sbnrnya...
kesakitan yg diterima...
kecintaan yg diberi....
kenikmatan dikecapi....

cinta mengajar erti ketabahan...
cinta memupuk kematangan...
cinta melumpuhkan kebencian....
cinta mewujudkan keamanan...

hancur hubugan tanpa cinta...
putus persaudaraan tanpa cinta...
renggang persahabatan tanpa cinta...
musnah dunia tanpa cinta....
tp semakin dekat ALLAH bila cinta xde utkNYA....
CINTA ALLAH tak penah pudar..
xpenah luput...
xpenah berkurang utk hambaNYA...

March 14, 2009

apa erti teman,rakan,kawan n sahabat...

1-teman => org yg slalu diajak utk g toilet...ms zaman sekolah rendah dulu feveret org wat...hehehehe.

2-rakan => org yg melabur modal utk buka bisnes sama2.....bile untung kaut sorg2...hahahhahha..

3-kawan => org yg sentiasa nk beronggeng dgn kita....ketawa smp pecah mulut woooo.......bile susah btg idung pn xnmpk dh....huhuhuhuhuhu..

4-sahabat => org yg ketawa bersama kita...menangis pn nk kongsi gak...brani amek pape resiko utk kita dan berusaha yg terbaik utk kita...ikhlas memberi dan lapang menerima......

p/s:just joking time....but tepuk dada tny jantung siapa kita utk org yg dekat dgn kita..pilih nk jd golongan mana...

hehehhehehehehehhehehe......

keempat-empat nya mempunyai byk persamaan:-
a)semua pn manusia.
b)semua adalah dekat dgn seseorg...
c)semua pn leh jd org yg dekat dgn aku...insyaALLAH...i'll be d best 4 u all....=)

March 03, 2009

masihkan ada keamanan?

kelam sungguh matahari hari ini seperti mengerti kemurungan hati ahmad di kala ini.ahmad remaja 13 tahun.dia terpaksa berhenti sekolah kerana keadaan yang genting sekarang ini.sudah 3 bulan sekolahnya bertukar wajah.dulu,di sini lah tempat ahmad dan teman2 berkumpul meniti suka duka hidup,memenuhi ilmu di dada dan bersuka-suka di masa lapangnya.namun,kini tempat ini berubah wajah.setiap waktu tangisan anak-anak kecil bergema memenuhi segenap ruang di sekolah ini.wajah org2 tua kelitahan murung mengenang nasib mereka,menunggu ajal yang bakal tiba kapan shj.namun,selagi nyawa masih dlm jasad,kaki tetap dikuatkan juga demi hidup yang penuh kegusaran.

ahmad memandang nun jauh di tengah2 padang pasir.dia yang berada di atas bumbung bangunan 2 tingkat itu melihat jelas kelibat kereta kebal sedang meronda2.
"ahhh.....mereka lagi..apa yang dicari mereka??!!!apa yang dorg nak sbnrnya??!!!"geram ati ahmad melihatnya.
wajahnya merona merah menahan marah di hati.marah benar dia dgn tentera rejim israel laknatullah yang telah memusnahkan kebahagiaan ahmad dan lebih beribu-ribu keluarga yang menghuni semenanjung Gaza.

ahmad mengalihkan pandangannya ke arah suara anak2 kecil yang bermain dgn gembira sesama mereka.apakah mereka mengerti dengan suasana sekarang???apakah mereka faham dgn hiruk-pikuk keadaan??mereka masih setahun jagung utk mengenangkn nasib mereka.dalam keadaan yg serba kekurangan mereka masih mampu ketawa meniti tumbesaran hidup."alahai adik2 kecilku..kamu masih terlalu kecil utk semua ini..masih jauh lorong hidup yg perlu kamu lalui..ntah masa depan buatmu masih ada atau tidak??".ahmad mengomel sendiri..

makan malam kali ini dikejutkan dgn suara bising dr depan barisan.."kau jgn nk mengada-ngada!!!aku dh bg mkn dh cukup bgs..stok maknan kite dh nk abs..bantuan belum smp..nk mkn pn igt rr kt org lain!!lihat sana.....berapa ramai lagi yang belum mkn..!!anak2 kecil belum semua dpt mknan.."tengking seorg lelaki berusia dlm 30-an..lelaki gemuk itu masih belum berpuas ati.dia mendapat mknn yg lebih sedikit dr hari kemarin.dgn amarahnya dia membali bekas yang berisi mknn..tindakan dia itu telah membuat org2 di sekitar marah...pergomolan antara mereka telah bermula.."bang!!!"satu das tembakan berbunyi.pihak keamanan meleraikan pergaduhan.keadaan kembali normal.

suasana sepi mengelambui malam hari ini.sekali diperhatikan warga di kem pelarian ini kelihatan enak dibuai mimpi.namun,siapa yang tau apa yg bermain dlm mimpi mereka.bagi yang dewasa dan veteran,tidur mereka tidak terlalu diulit mimpi2 indah.kejadian 3bulan lalu bermain2 di mata mereka bahkan menjadi peneman setia tidur mereka.

booooooooooommmm..lena pelarian di sini tergangggu."kita diserang!!!!!!"kedengaran suara org2 menjerit.semua bangun meneyelamatkan diri.kelihatan bangunan depan sekolah sedang dijilat api.."api!!!!api!!!api!!!...tolong...tolong"suara pekikan org2 jelas kedengaran..ahmad terbangun dr tidurnya.sekitarnya terasa panas sekali.alangkah terkejutnya ahmad..bahagian barat bangunan itu sedang marak dipanjat api.suara tangis anak kecil memenuhi ruangan.ahmad berlari ke arah seorang kanak2 lelaki yg berusia sekitar 3thn.ibu si kecil itu telah meninggal dunia akibat terkena serpihan kaca tingkap bangunan.ramai lagi manyat bergelimpangan di kawasan itu.semuanya terdiri dr puluhan mangsa terdiri dari semua golongan termasuk org tua dan kanak-kanak yang tidak berdosa.suasana pilu menyelubungi hati ahmad.kekecewaan bertandang lg.kebencian membuak2 persis api yang sedang marak menjalar keseluruh bangunan..

dummmmm....kayu atap jatuh tepat di depan mata ahmad.lamunannya terhenti seketika.ahmad mengandong anak tadi dan sekuat hati dia berlari menyelamatkan diri.api dengan lahapnya menbaham bangunan itu.."aduh!!!!nk lalu mn ni...mati aku..."semua laluan utama telah dikawal oleh api.tangisan budak lelaki itu semakin kuat.ketakutan menyelubungi dirinya.walaupun dia tidak mengetahui apa yang terjadi sebenarnya tapi ketakutan membungkus dan mencengkam kuat dirinya.ahmad panik sebentar...."astagfirullahalazim........"terus dia beristigfar.hatinya mengingati ALLAH SWT..kekuatan diri terus dibina.."aku kena kuat demi adik kecil ini..aku perlu berusaha..aku harus tabah..aku kena cari jln utk kau wahai adik..jgn menangis.."janji ahmad pada dirinya dan anak kecil itu terus menangis.

ahmad berlari kencang ke arah tingkap yang hampir separuh dijilat api.dia nekad.kanak-kanak tadi dipeluk erat.ahmad melompat keluar tingkap sekuat hati.pelukkan dikencangkan.dia menjatuhkan badannya dahulu..nama ALLAH meniti bibir dan dia berserahkan segalanya kpd YANG MAHA KUASA.

org ramai bekerjasama memadamkan kebakaran.ada yang meraung kerana kehilangan org yg tersayang.ahmad memandang sayu..dia sudah tidak berdaya lg.pedih dirasakan seluruh badannya.luka memenuhi seluruh badannya sewaktu melompat turun dr tingkat 2 td."dimana anak kecil td??!!!"tanya ahmad kepada lelaki yg sedang merawat lukanya.."dia ade disebelah sana."jwpan tenang diberikan kepadanya.ahmad menoleh ke arah yang ditunjuk.kelihatan si kecil lena kepenatan.

ahmad terjaga dr lena yang panjang.terik mentari membuatnya terjaga.dia melihat aiman yang berada di sebelahnya.sudah 3 minggu dia dan aiman terselamat dr peristiwa pengeboman itu.sekarang dia dan aiman telah tinggal di kem pelarian yang lain..entah di sini selamat atau bakal mengalami nasib yang sm seperti tempatnya sebelum ini..apapun hny pada ALLAH dia menyerahkan segalanya...