March 24, 2011

~~memartabatkan profesi dengan hati~~

Bandung, ibu kota Jawa Barat. kota yang menyimpan 1001 macam kisah hidup. bermula dari sang matahari menampakkan sinarnya hingga ia berselindung di pelusuk dunia yang lain. kisah Bandung tidak pernah habis dan tidak semua mampu diungkapkan. kesibukkan Bandung untuk siang hari begitu berbeza dengan malam harinya.

bagaimanapun kota Bandung melakarkan kisahnya, manusia tidak pernah lari dari tanggungjawabnya. mudah!! seawal pagi bangun memulai perjalanan catatan yang bergelar kehidupan sehingga mata kembali tutup pasti insan manusia tadi tidak habis memikirkan hidupnya.

ANGKOTAN KOTA...

angkotan kota menjadi nadi pengangkutan utama di kota Bandung khususnya dan di Indonesia amnya. penumpang utamanya pasti insan golongan menengah ke bawah. namun, tidak terkecuali golongan atasan yang masih mencintai perkhidmatan angkotan kota ini.

tabahnya pak supir angkot amat dihargai, dikagumi, dan melengkapi kehidupan manusia kota Bandung. PASTI!! harapan besar mencari sesuap nasi rezeki untuk keluarga tercinta. memang pendapatan tidak bisa membayar harga tenaga yang dikeluarkan tapi sudah cukup untuk si supir angkotan kota membawa pulang rezeki halal kepada keluarga mereka. nyata sebuah profesi supir angkot walaupun rendah darjatnya bisa menjadi penunjang kehidupan.

namun, alangkah sedih di hati andai ada yang merendahkan profesi ini. lagi tambah menyedihkan apabila segelintir supir angkot sendiri yang melakukannya.

iya.....kami mengerti kami sedar....hidup membutuhkan wang...tapi jangan terlalu rakus terhadap wang.

mana mungkin penumpang tetap angkotan kota ini tidak tahu akan tarif sebuah perjalanan. bayangkan andai angkotan dengan rute yang sama bisa mencapai tiga tarif harga yang berbeza. apalagi jika 2-3 kali ganda dari harga yang sebenar.......

yakin!!!si penumpang yang tadi ikhlas melontarkan sumpah seranah terhadap pak supir...tanpa sedar kata "aku xhalalkan la klo dia amek lebih.....%%##@@&**!!!!"

nah..........bagaimana rezeki itu???hasil titik peluh hari itu. dibawa pulang menjadi hidangan untuk anak dan isteri...siapa nak jawab??




gambar hiasan


itu belum lagi masalah.....

"giler la...ngetem dekat setengah jam!!!"
"jalan la pak.....&^%$#*@!!!!!"

amarah mausia meluap.....sesabar apa pun manusia itu ada batasnya........perkhidmatan si supir angkot tidak memuaskan hati manusia penumpang tadi.....apa yang diperoleh sang supir untuk hari itu????


PENGAMEN JALANAN...


kisah angkotan kota pasti tidak lari jauh dengan kisah pengamen jalanan. mungkin akibat kepadatan penduduk menyebabkan profesi ini terwujud. indah apabila perjalanan diselangi nyanyian seorang pengamen jalanan. lebih bagus lagi, pengamen jalanan ini cukup berbakat..

iya...bakat tidak semua miliki. namun, ketetapan ALLAH tiada yang mampu tandingi. walau hanya sebagai pengamen jalanan, ia masih bisa dianggap profesi yang gangsi......

asal........

  • si pengamen harus menampil sesuatu yang enak didengar dek telinga.
  • sabar.......kerana tidak semua mampu memberi...
jangan memaki atau memarahi jika rezeki tidak setimpal usaha......semua tergantung keadaan....bagaimana si tangan yang menghulur itu..daripada ikhlas memberi bertukar menjadi terpaksa memberi.........serba salah jadinya....



gambar hiasan



HATI DAN PROFESI.......


siapa pun kamu!!!!even supir angkotan kota maupun pengamen hingga petinggi negara, hati yang baik menjadi kunci memartabatkan profesi kamu. jangan hanya sikap segelintir dari kamu seluruh profesi kamu dicemuh masyarakat.....

....kerana nila setitik rosak susu sebelanga....

March 07, 2011

~~KiSAh C-I-N-T-A~~


kisah cinta itu memang indah. filem, drama bahkan sebuah novel pun menggambarkan betapa indah dan 'sweet'nya sebuah kisah cinta itu. pasti kisah cinta yang sama sekali sukar dibayangkan tetap masih boleh diterima akal. sebegitunya kemanisan sebuah cinta di tanam dalam minda kita.




namun, adakah realitinya begitu?? adakah cinta itu selalu manis?? pasti masalah dalam bercinta itu ada tetapi kata orang cinta itu bukan bererti memiliki, cinta perlukan pengorbanan, love is pain..bla..bla..bla...








entah la...sukar untuk dinyatakan. cuma apa yang terfikir adalah terlalu banyak berkisah tentang cinta kita boleh mencapai tahap di mana tidak percaya akan cinta. seolah-olah cinta itu sesuatu yang hanya fantasi bukan realiti. sesuatu yang menjadi keinginan manusia tapi entah mampu digapai atau tidak..




March 04, 2011

Takkan BollyWooD hilang di DUnia.....

bollywood adalah suatu nama yang tidak asing dalam dunia entertainment. dari awal pengenalan bollywood hingga ke hari ini ia mengalami revolusi story line. dari asal warna warni penuh kemegahan sehingga sesederhana dan penuh realistis. dari hanya melakar kisah cinta indah yang hampir mustahil dinyatakan hingga mampu beradaptasi dengan kenyataan yang sedia ada. dari hanya kisah cinta dua darjat, mafia dan gengstar hingga kisah cinta yang simple dan bersahaja. pasti happy ending tetap milik si bollywood.

oppsss!!!bukan nak cite sejarah bollywood actually....sebab alasan yang sering digunakan...'saya bukan penggemar sejarah apatah lagi pakar sejarah'...hehhehehehee...^^


pemerhatian dari mata yang sedia berkaca mata ini hanya mampu menalarkan akal akan perihal sang bollywood.

almaklum...sepanjang selasa hingga jumaat bollywood menjadi santapan tatkala bersantai di malam hari...^^

ada sesuatu yang mampu menarik hati kecil ini. ada sesuatu yang membuatkan minda ini berkerja. apakah itu??pasti sesuatu yang tidak mudah ditemui dalam filem2 yang lain.

budak tadika pun tau kot ape yang leh kite jumpa dalam filem2 bollywood ni..


  1. lagu2 yang menarik pada sepanjang cerita..(ini masih kekal......)
  2. baju2 yang unik dan cantekkk...........(colorfull abessss......)
  3. kebudayaan dan tarian dalam setiap filem.......(xkire yg traditional or modern...)
  4. patriotisme..................(mst ade pny...)
  5. keagamaan......(xkire hindu maupun islam dan agama2 lain.....)

kite pasti sedar bahawa bollywood telah banyak melakukan penggambaran filem di luar negara india. namun, sejauh mana mereka keluar untuk melakukan pengambaran filem tersebut, mereka masih tetap bangga menerapkan 5 perkara di atas persis dengan budaya mereka. itu sesuatu yang mampu mereka ketengahkan dalam filem2 mereka. lebih baik lagi, bollywood begitu terkenal hampir seluruh belahan dunia. bollywood begitu diterima masyarakat di luar india..apakah itu sesuatu yang menguntungkan??boleh membuat dunia mengenali mereka hanya melalui filem...

bagaimana pula kita??seberapa banyak filem2 kita mampu memaparkan budaya kita??sebarapa banyak pula filem2 kita yang mampu mengetengahkan budaya kita??apakah kita tidak mahu dunia mengenal budaya kita??atau apakah kita tidak bangga dengan budaya kita??ataupun kita sendiri tidak tahu budaya apa yang kita ada untuk ditontonkan pada dunia???seharusnya ini menjadi cabaran orang2 perfileman kita..ingat india dan kita sama2 pernah dijajah oleh penjajah yang sama (betul ke x??cikgu sejarah plz recheck dis......^^) tapi mereka masih mampu memaparkan budaya mereka dalam filem2 mereka.....