October 16, 2010

bingkisan untuk sahabatku.....

sahabat yang kusayangi...
di saat ini kita sama-sama melalui tahap tegang buat kita. saat di mana ambang tekanan dari persekitaran dan rutinitas harian sangat tinggi. kau berjuang demi harapan dan cita-citamu dan aku bergelut dengan masalahku. tujuan kita tetap sama walau masalahnya berbeza. kita mahu masalah ini teratasi. tentunya pada saat ini kata 'saling memahami' dan 'saling menyokong' menjadi harapan kita.

namun...
kadang ada secebis rasa di dasar hati ini ingin memberontak dari kenyataan sehingga aku tidak mampu mengawalnya. sedaya upaya aku cuba untuk tetap teguh berdiri di sampingmu. sepahit rasa aku berusaha menelannya. aku manusia lemah. sering aku mencaci diri ini andai sang hati tidak bisa memahami dirimu. aku membenci jasad ini andai sekelumit rasa marah terbit di hati.

"Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita."

aku bukan yang terbaik buatmu tapi aku tetap berusaha menjadi kawan yang baik untuk mu. ketahuilah wahai sahabatku, aku sering sakit setiap kali aku menyakitimu. aku sering menangis andai kau mengabaikanku. ketahuilah air mata yang mengalir itu bukan kerana aku marah padamu tetapi kerana aku marah dengan diriku yang memarahi tindakanmu. maafkan aku teman andai selama kita bersama dalam mengharungi liku-liku ini, kau sering makan hati dengan tingkahku. maafkan aku teman, jika selama ini kau sering disakiti. maafkan aku teman jika sinisku menikam kalbumu. maafkan aku kawan jika kau merana di sampingku. maafkan aku teman jika pipi mulusmu dibasahi airmata kerana perbuatanku. maafkan aku sahabat khilafku sungguh tak terhitung. walau aku sedar sejuta kemaafan belum tentu bisa mengubati luka hatimu, aku tetap setia memohon kemaafan itu.

October 11, 2010

keluhan,tidak bahagia atau kurang bersyukur...??

hari ini telinga menanggapi suatu persoalan teman."apakah kita dan orang2 di sekeliling kita tidak mencapai kebahagiaan yang maksimum??".sang minda merenung si hati menelaah persoalan tersebut.
apa yang menjadi persoalan disebalik persoalan itu adalah "apakah kita yang tidak bahagia atau kita terlalu tamak akan kebahagiaan itu sehingga yang mampu terluah oleh si mulut hanya keluhan akan beratnya kehidupan sehari-hari?"
sifat manusia itu sangat mudah tertarik akan kesenangan dan kebahagiaan.namun, manusia sememangnya hamba yang sentiasa lupa akan kenikmatan sehingga menjadi terlalu tamak akan kenikmatan tersebut. sampailah suatu saat kata 'syukur' mulai lenyap dan menghilang dari sang hati yang suci.
hidup di dunia ini hanya sebuah pentas lakonan yang dihiasi cubaan dan cabaran untuk seorang hamba yang bergelar insan. di pentas ini juga segala persiapan diri perlu dikutip menjadi bekal kita menjalani kehidupan akan datang.di mana setiap umat islam mengharapkan kehidupan seterusnya yang lebih sempurna.
kesempurnaan hidup sesuatu yang luar biasa dan tidak mustahil untuk dicapai.namun,pertanyaan sejauh mana kesempurnaan yang kita harapkan?apa makna kesempurnaan bagi kita?sehingga di perjalanan ini sering hanya keluhan yang mampu ditangkap oleh sang cuping walaupun mata sering tidak bersetuju dengan getaran keluhan dari si mulut.
realitinya setiap manusia yang berada di pelusuk dunia ini tidak sama persekitarannya tapi siapa kita untuk terus menyalahkan persekitaran sedangkan dengan angkuhnya kita sendiri tidak cuba untuk menerima persekitaran.menerima atau membolehkan persekitaran seperti adanya bukan bererti kita bersetuju dengan keadaan persekitaran sepenuhnya tapi ia cukup untuk membuat kita tenang dan bahagia dengan cara yang mampu kita capai. tiada istilah 'pening kepala' yang perlu dirunsingkan.tidak memaksa minda untuk terus melawan persekitaran yang ada yang akhirnya hanya kita merana tanpa merasai kebahagian yang sedikit hadir dalam hidup kita.sedangkan persekitaran itu tidak berubah hanya kerana keluhan demi keluhan yang dilontarkan.
oleh itu berhentilah menjadi orang yang suka mengeluh sehingga diri merasakan kita orang yang paling tidak bahagia di dunia yang akhirnya kita lupa akan diri ini hanya seorang hamba yang seharusnya bersyukur kepada TUHANnya....