January 09, 2011

...........KaU.........

2011......
gerbang tahun-tahun terakhir kita di sini. kadang kita tidak mengetrahui entah berapa suka dan duka yang telah kita lalui. entah berapa banyak air mata dan tawa telah kita luahkan. entah berapa hal telah kita hadapi. semua pahit jerih kenangan manis telah kita kongsi.
i shud be happy for ur happiness when u stand with me through my sadness...(you,2011)
tersenyum aku saat kau menyatakan itu. ketahuilah teman, walau seburuk mana wajah yang kau pasang ketika bersamaku, aku tetap gembira kerana aku mampu berhadapan denganmu. gembira kerana aku mampu kuat untuk terus menatap wajahmu. gembira kerana aku cukup kuat untuk berdiri bersamamu. gembira untuk terus tegar mendengar keluhanmu. semua hanya kerana kamu juga tetap melakukan itu bersamaku.

jadi jangan pernah kau merasa bersalah untuk semua yang telah terjadi. kita saling mendewasakan diri saat kita bersama. kita saling mengenal hati saat kita bersua. kita saling mempelajari budi saat kita ketawa. semua menjadi bekal untuk kita dalam menjalani hidup yang mendatang.


sahabat..
mengenalimu suatu yang bererti. menerimamu suatu yang bermakna. kita saling bersama tanpa perlu ada yang meruntuhkan jurang perbedaan antara kita. tidak saling merendah kekurangan dan tidak saling menyanjung kelebihan. kita hanya perlu menjadi diri sendiri untuk terus tetap bersama hingga kita hanya mampu ketawa andai saling bisa membaca isi hati yang tersembunyi. apa yang aku bicara itu yang bermain di mindamu. begitulah sebaliknya.

terima kasih kawan...aku bukan pujangga yang mampu merangkai kata-kata indah buatmu. aku juga bukan ilmuan yang mampu menemukan bintang untukmu. aku hanya aku yang bisa tersenyum saat bersamamu, yang hanya mampu bersyukur memilikimu.



January 02, 2011

U can TaKe My HeaRT

dear diary.......

i just like the others....i love sweet.....and i like 'sweet' thing...i found somebody who always make me crazy...make me smile like the world smile to me...is it what we call LOVE??



this song for u.......^^

January 01, 2011

warkah buat sayangku..

sayangku...
memori itu sudah terpahat di hati dan kau yang paling merasi. aku tahu itu. aku bisa mengerti. namun aku tekad dengan keegoanku. hanya demi untuk kebaikan kita bersama.

sayangku...
jelas aku juga sukar melupkanmu. namun, aku tetap dengan hati batuku. aku tidak mahu kita melakar kembali sejarah silam itu. sejarah indah memori kita bersama. sejarah yang mengajar aku erti hidup.

sayangku...
aku sedar setahun ini kita telah merasai erti sakit di sebalik keputusan nekadku. namun aku juga tetap nekad. nekad untuk meneruskan itu. nekad dengan permulaan hidup baru kita dengan haluan pilihan kita. walau separah apa perit ini kita berusaha untuk saling menyembunyikan. aku tahu sayang. cintamu tulus dan ikhlas. alangkah ruginya aku melepaskanmu.

namun,
aku tidak pernah menyesali tindakanku. sama sekali tidak. aku mahu kau terus bangun memberi cinta itu kepada seseorang yang berhak menerimanya. lupakanlah aku sayang. lupakan kenangan kita. andai dengan menghapus aku dari hidupmu dapat membuatkan kau terus melupai aku. aku relakan itu terjadi.

sayangku..
titilah perjalanan hidupmu dengan penuh kegembiraan, kejayaan, dan kebahagiaan. kerana itu juga yang aku inginkan dalam hidupku. mengenali dirimu merupakan satu anugerah terbesar yang telah memberikan aku pengajaran hidup ini. aku yakin dengan bekal cinta yang telah kau berikan aku mampu mengenal cinta sejati itu. kapan?? jangan pernah kau tanyakan. kerana aku juga tiada jawapan untuk pertanyaan itu.

cuma,
kini aku mahu menjejaki tangga hidup ini sendiri. tanpa kamu dan tanpa lelaki lain seperti yang kau harapkan. ya sayang.....aku mahu pintu hati ini tertutup rapat untuk sebuah cinta dari seorang lelaki. mengapa? kerana aku sakit saat merasai cinta itu. biarlah aku begini sehingga aku menemukan cinta buatku..biarkan jodoh membawa aku kepadanya...

maafkan aku sayang.....


-yang menyayangimu-