January 01, 2011

warkah buat sayangku..

sayangku...
memori itu sudah terpahat di hati dan kau yang paling merasi. aku tahu itu. aku bisa mengerti. namun aku tekad dengan keegoanku. hanya demi untuk kebaikan kita bersama.

sayangku...
jelas aku juga sukar melupkanmu. namun, aku tetap dengan hati batuku. aku tidak mahu kita melakar kembali sejarah silam itu. sejarah indah memori kita bersama. sejarah yang mengajar aku erti hidup.

sayangku...
aku sedar setahun ini kita telah merasai erti sakit di sebalik keputusan nekadku. namun aku juga tetap nekad. nekad untuk meneruskan itu. nekad dengan permulaan hidup baru kita dengan haluan pilihan kita. walau separah apa perit ini kita berusaha untuk saling menyembunyikan. aku tahu sayang. cintamu tulus dan ikhlas. alangkah ruginya aku melepaskanmu.

namun,
aku tidak pernah menyesali tindakanku. sama sekali tidak. aku mahu kau terus bangun memberi cinta itu kepada seseorang yang berhak menerimanya. lupakanlah aku sayang. lupakan kenangan kita. andai dengan menghapus aku dari hidupmu dapat membuatkan kau terus melupai aku. aku relakan itu terjadi.

sayangku..
titilah perjalanan hidupmu dengan penuh kegembiraan, kejayaan, dan kebahagiaan. kerana itu juga yang aku inginkan dalam hidupku. mengenali dirimu merupakan satu anugerah terbesar yang telah memberikan aku pengajaran hidup ini. aku yakin dengan bekal cinta yang telah kau berikan aku mampu mengenal cinta sejati itu. kapan?? jangan pernah kau tanyakan. kerana aku juga tiada jawapan untuk pertanyaan itu.

cuma,
kini aku mahu menjejaki tangga hidup ini sendiri. tanpa kamu dan tanpa lelaki lain seperti yang kau harapkan. ya sayang.....aku mahu pintu hati ini tertutup rapat untuk sebuah cinta dari seorang lelaki. mengapa? kerana aku sakit saat merasai cinta itu. biarlah aku begini sehingga aku menemukan cinta buatku..biarkan jodoh membawa aku kepadanya...

maafkan aku sayang.....


-yang menyayangimu-

No comments:

Post a Comment