February 21, 2011

RelaKAN........

dia datang dia pergi....
dia singgah dia berenti...
dia berlalu dia berlari....
aku tetap di sini....
setia menanti....
sampai saat yang tak pasti....
aku tak mampu lagi berdiri....
jangan kau harap hati ini....
jangan kau yakini hati ini...
akhirnya kau bawa hati ini...
dalam suasana yang tidak pasti.....
aku lelah.....
dia berhelah.....
kau tetap tidak kalah...
kau tetapku tunggu.....
dia tetap terus memburu.....
aku hanya mampu membatu....
relakan semua berlalu.....

February 05, 2011

i think perang itu lumrah manusia......betulkah??

egypt bergolak!!!
angin melontarkan berita ke pelusuk dunia. berita yang bukan hanya khabar rekaan sang angin tetapi kenyataan yang menggempar dunia. ada sisi baik dan buruk diperkatakan. ada yang pro ada yang anti. pasti itu merupakan peperangan antara haq dan batil. sejauh mana kejahatan tidak mampu disembunyikan dan kebenaran tetap terus menang....

perang!!!
jika dilihat pada sejarah perang itu sentiasa berlari seiringan waktu. dari sejarah melayu melakarkan nama Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, dan rakan-rakannya. begitu juga sejarah barat dengan perang dunia dan sebagainya. tak lupa sejarah cina dengan berbagai dinasti dan tokoh tersendiri. sejarah islam yang agung juga memaparkan berbagai peristiwa.(andai untuk mengupas sejarah saya bukan orang yang tepat kerana saya manusia yang malas untuk membaca sejarah).

gambar hiasan..


sedarkah kita bahawa peperangan sentiasa bersama kita? tidak pernah sesaat peperangan itu sepi dari diri kita. selagi hebat laungan 'NO WAR' sehebat itu juga peperangan melanda. sejauh mana kita berlari meninggalkan peperangan itu semakin dekat kita terhadapnya. persoalan:

kenapa dunia hendak berperang??
kenapa manusia memilih perang??
kenapa kita mahu berperang sesama umat??

seberapa ramai yang mampu menalar setiap persoalan ini?? seberapa ramai yang bisa menemukan jawapan yang pasti kepada persoalan ini?? atau, seberapa ramai yang bisa melontarkan persoalan ini??
andai kalian memiliki pendapat berbeza sila kongsikan bersama....

manusia dan peperangan memang tidak boleh dipisahkan. sejak awal kejadian manusia musuh telah mengistiharkan perang. peperangan yang ditujukan untuk setiap individu manusia. di mana hanya kematian yang akan memisahkan manusia dengan peperangan. peperangan antara haq dan batil. peperangan dalam mencari sebuah kebenaran serta menegakkannya. dunia tidak pernah sepi dengan peperangan kerana manusia penghuni dunia. manusia itu mahluk yang tidak mampu teguh dengan ikrarnya dan mudah tunduk dengan musuhnya sehingga manusia seperti ini harus diingati oleh manusia lainnya.

gambar hiasan..


perbedaan pendapat dan pertikaman lidah yang tidak ditemukan jalan penyelesaiannya di meja bulat akhirnya akan membuka sebuah medan peperangan hebat. selagi manusia masih percaya akan kebenaran selagi itu manusia tidak akan berhenti berperang. sudah pasti kebenaran itu tetap ada di dunia ini.

tidak terfikirkah kita bahawa dunia ini hanya sebagai medan peperangan semata?? dalam diri seorang insan kerdil itu sendiri peperangan terus berlaku. sejauh mana manusia kerdil ini berperang dengan dirinya?? hanya sang pemilik diri yang tahu. oleh itu, wahai manusia perang itu lumrah kita.. jangan pernah berfikir untuk berhenti berperang....jangan pernah berhasrat untuk tidak terlibat dalam perang....kerana peperangan itu harus terus ada untuk menegakkan kebenaran!!!!

ini musuh sebenar manusia....


namun sampai kapan???? sehingga saat di mana dunia tidak lagi ada........