April 26, 2009

kenapa kamu nak jadi doktor???

"kenapa kamu nak jadi doktor??"....fuhh....inilah soalan yang paling susah aku nk jawab.air jernih menjengah gigi rambutku.jantung berlari kencang sambil telinga menangkap setiap kata-kata yang keluar dari mulut manis teman-teman sekumpulan dengan ku.kami di sini sedang menjalani temuduga ringkas.dalam 10 org itu hanya aku je yang apply dentistry..

ahhhhh!!!!si otak ligat mencari jawapan yang sesuai utk pertanyaan itu."apa aku nak jawab ni.."hati menggelabah sendirian.mataku bertemu mata si penemuduga.perih terasa saat aku menelan ludah.kini tiba giliran ku.sepi menyelubungi kamar sederhana besar ini.setia menanti susunan kata dari bibir ku.aku masih kosong..masih tidak ketemu jawapan yang sebebnar..

"sebenarnya saya tidak berminat untuk jadi doktor..saya berminat dalam bidang engineering..."berterus-terang jalan yang ku pilih.terlintas di depan ku wajah mama dan abah yang mengharapkan kehadiran ku di sini.."maafkan along.."diri ini bakal mengecewakan mereka.terkejut seisi bilik ini.diam seketika..teman-teman kelihatan berbisik-bisik sesama mereka.

"tapi kalau menurut puan saya layak dan saya diberi peluang saya akan cuba mendalami ilmu ini dan berusaha yang terbaik.."aku mengakhiri kata-kata ku.aku tidak berani lagi menoleh ke kiri dan kanan..malu aku bersemuka dengan teman-teman yang lain.
"kalau kamu seorang dentist kelak,apa yang kamu lakukan untuk meningkatkan kesedaran rakyat malaysia tentang pentingnya kesihatan gigi dan mulut???"pertanyaan diubah dan dilontarkan kepadaku.hati berbunga riang.."soalan macam ni senang sikit...."bisik sang hati..
aku menjawab pertanyaan itu dengan penuh keyakinan.satu persatu pandang dan cadangan ku dilontarkan..

usai sesi temuduga itu.....

ringg!!!!!telefon genggamku menjerit minta dijawab."aduhhhh....siapa pulak yang call time2 camni..aku nak tido pun xsenang.dah la kejap lagi ade kelas pulak.."omelku sebelum punat 'answer' ditekan."cik nurul habibah..saya dari JPA anda telah diterima untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang dentistry di Bandung,Indonesia.nanti surat pemberitahuan rasmi akan dikirimkan kepada kamu...".tersentak aku mendengar berita itu.talian dimatikan.ayahanda dan bonda di kampung dihubungi bagi berkongsi berita yang entah gembira entah duka sekarang.

sang ibu tersenyum riang melihat kepulanganku.ini kepulanganku kali pertama dan terakhir dari UITM yang sudah sebulan aku menjadi penghuninya.kenalan dan pengalaman yang hanya sedikit kukutip dibawa bersama.FKE yang diimpikan terpaksa ditinggal setelah sebulan aku mendalami liku-liku hidupnya..

"kenapa kau quit??kenapa kau nak tukar course lak ni??"soalan bertubi-tubi aku terima dari teman rapatku..setahun di matrikulasi membuatkan dia benar-benar memahami kehendakkku.."aku nak wat cane lagi..dah mak ayah aku nak sangat..xsampai ati aku nak bantah bile tenok muka mak aku tu..kau pun taukan diorang tu dari dulu lagi nak aku jadi doktor ni..aku je yang xnak...tu yang aku pilih dentistry..interesting what explore benda baru.."jawabku berbaur hampa."so kau nak la korbankan minat kau demi parent kau??"tanya si teman lagi..
termenung aku seketika.."aku tau kau sayang aku..hehehehehhe..aku redha..mungkin ini ketentuan-Nya..lagipun minat boleh dipupuk,kemampuan boleh dibina..yang penting usaha dan terus usaha.."jawapan ini ku harap dapat memberi keyakinan bukan saja padanya juga pada diriku..

kini hampir 3 tahun aku di bumi FKG ini.3 tahun aku mengenali,mengharungi,dan mendalami ilmu dentistry dan hidup di FKG."aku sangat-sangat mencintai dunia ini.walaupun aku tidaklah sehebat Ibnu Sinar tapi aku tetap berusaha untuk jadi yang terhebat.."hatiku berlagu riang..
apa yang lebih menggembirakan...aku sekarang sudah menemukan jawapan kepada persoalan itu..."kenapa kamu nak jadi doktor???"..

di bumi jatinagor ini..minatku terpupuk.mindaku tebuka..hati mula menyintai dunia kesihtan yang dulu dipandang sepi bagiku.."sekali melangkah selamanya terus bertapak sehingga bisa berlari"kata inilah menjadi bekal dan peganganku setiap saat menjalani hidup baruku di sini..dikala sang kecewa menjengah hati,jiwa didekatkan kepada ILLAHI..aku yakin bahawa inilah jalan yang telah ditetapkan NYA buatku...

April 20, 2009

resepi untuk berjaya dalam pekse..

bahan-bahan:

bahan A
100 helai note kuliah
beberape buah buku rujukuan
50 helai kertas kosong
3 batang pen
1 batang pensel
5 batang highlight

bahan B
sepenuh hati kesungguhan
sekuat tenaga kerajinan
semua akal fokus
sekerap mungkin doa
seluruh jiwa tawakal

cara-cara membuatnya:
1-semua bahan A dikumpulkan di atas meja.
2-kesungguhan,kerajinan dan fokus diaduk menjadi satu.segala kemungkinan kegagalan semasa mengaduk di minimalkan.
3-setelah selesai, campurkan dengan bahan A tadi.
4-biarkan selama 2jam.
5-selepas 2 jam berdoa memohon dimudahkan jalan dan ditenangkan hati.
6-ulangi semua step di atas setiap hari sehingga hari ujian..
7-pada pagi ujian,melangkah dengan penuh tawakal ke dalam dewan pekse dan menjawab soalan pekse dengan penuh tekun.
8-akhir sekali berdoa dan bertawakal kepada ALLAH

April 19, 2009

butakan mata..pekakkan telinga...tenangkan hati..

amarah memanjat diri...
geram menggigit hati...
umpatan merangkak ke dalam telinga..
kekejian terukir di bola mata..
sungguh kekuatan dicari-cari..
ketabahan kian tipis..
kesabaran hampir ke penamat..
mampukah diri mengawal emosi..
saat akal mengingati ILLAHI..
si tangan mengawal penumbuk..
si kaki mengikat penyepak...
ALLAHUAKBAR.....
ucap akal berkali-kali...
dalam usaha memerangi merah yang berapi..
mata berjaya dibutakan...
telinga dipaksa untuk tuli..
hati dipujuk untuk tenang..
api marah tadi marak menyala..
kini kian lemas tanpa udara..
kesabaran berundur ke garisan permulaan..
logik si akal berlegar-legar di fikiran...
amarah yang tadinya memengani si hati..
kini tersungkur di kaki diri yang berani....

April 17, 2009

AKU TAKNAK KERJA

ketandusan idea memaksa jari-jemari menari tanpa irama.angin malam berhembus dingin.namun si epidermis tidak merasakannya.bahang dari dalam terasa keseluruh bahagian diri.
"ayolah wahai minda..bagun dari tidurmu.ini bukan waktunya kamu menikmati lena yang berpanjangan..kamu harus bekerja.si jari harus menerima arahan mu...."hati memujuk lembut si minda....
"kau ni minda..naik lemak pulak ek..orang bagi rehat kejap je.kau lena sampai malas nak keje..nak jadi pe kau ni haa....!"si jiwa melepasakan marahnya yang berapi..
"andai aku ada keajaiban cam minda tu..sure aku tak tidoq nye.siang malam aku keje.."sinis kata-kata si mata kali ini..
herdikan,tomahan,hinaan serta kebengangan ditelan oleh minda dalam diam.."teruk sangat ke aku ni??"terlintas di benak minda ketika tu..
"AHHHH!!!bukan diorang tau susahnye keje aku..semua aku kena buat..tanpa aku diorang bukan tau nak buat ape..salah ke aku nk rehat kejap...kaco betul..xleh tgk orang nk bersenang.."geram si minda dengan bebanan yang diterimanya saban waktu..
minda meneruskan perbuatannya tanpa mengira pandangan teman-temannya.tidur..tidur..dan terus tidurr...keletihan telah membawanya kepada lena yang lama..terasa lelah menjalankan perkerjaan hariannya..
"minda...minda.."panggil si jari perlahan..."tolonglah aku minda...aku sudah penat menari tanpa rentak dari mu.....tolonglah minda...jangan siksa aku...."sambungnya lagi...
berang si minda tidurnya diganggu...dia memandang jari seperti mahu ditelannya.....
"AKU PERLU REHAT!!!!!!!!!JANGAN GANGGU AKU!!!!!!!!!AKU NAK TIDUR!!!!!AKU TAKNAK KERJA!!!!!!!"muktamad keputusan si minda...

April 15, 2009

tabib peluru...

seikhlas hati...
seindah senyuman...
semurni jiwa...
selembut bicara...
sesayup mata memandang....
hny itu yg mampu dilakukan...

jeritan demi jeritan menerpa si gegendang telinga..
apakan daya tiada yg mampu mengerti..
cuping dipekakkan...
mata dibutakan...
hati ditabahkan.....

tangisan dan raungan menjadi makanan seharian...
adakah kejam jika mampu berdiam diri..
adakah kejam si derita dilakukan begini...
namun...
tidaklah mudah utk diri melakukannya....
meneruskan tugas sehari-hari dgn rintihan silih berganti...
kekebalan diri dicari setiap detik dan ketika...
apakah perlu si hati sekeras batu...
demi menjadi tabib di medan peluru...

April 06, 2009

hidup:harga sebuah diri

hidup hny menumpang di bumi ini...
hidup yg penuh kefakiran..
hidup mampu mengharapkan ihsan Sang Pencipta..
hidup dipandang hina setengah manusia..

apakah slh si hina berbicara...
apakah slh si hina bercerita...
apakah kegembiraan milik yg berharta...
si miskin dicemuh dan dihina..
adakah mereka umpama boneka tak bernyawa..

cemuhan dan kehinaan menjadi sebati di jiwa..
setiap hari ditangkap kuping..
setiap hari dimamah hati...
saban hari ditelan diri...
sampai bila hinaan harus menjadi santapan harian..
berlaukkan kejian...
berulamkan cemuhan...

semangat dibina...
keyakinan dibentuk...
demi mengatasi tembok yg memisahkan dunia..
antara si miskin dan si kaya..
sempadan membatasi pergerakan...
sempadan melemaskan jiwa...

kekentalan hati dipupuk diri...
ketabahan diri dipujuk akal...
jauh si kaki melangkah pergi...
luas si mata menimba pengalaman...
hnya satu tujuan dicari...
demi menggapai awan yg tinggi...
hny untuk menempa harga diri...

April 02, 2009

pekse=ujian=exam

exam...ujian..dan pekse..
semua mempunyai maksud yg sm...
semua mampu menggelabahkan setiap hati yg berdpn dgn nya...
peperiksaan ibarat medan peperangan
bagi seluruh mahasiswa..
peperangan yg begitu penting n besar..
mungkin lbh menggerunkan daripada perang dunia kedua..

semua yg mendudukinya ada 1 matlamat..
mahu lulus cemerlang....
target itu pasti dicapai..
tergantung bagaimana pandangan org yg mendudukinya...
senjata apa yg mereka pilih..
hny mereka yg tentukan...
senjata dgn ilmu dan persediaan yg asli...
senjata dgn tektik penyontekkan yg rapi.....
atau pilih saja senjata tembak berani mati...
semuanya tepuk dada tny hati..

minggu pekse byk ragamnye...
pemilik kedai2 photocopy jd kaya..
jln2 raya cepat je sunyi..
kosan2 terang bercahaya...
tukang2 ojeg bergembira....
apa tidaknya semua pn naik ojeg sbb nk kejar masa...
penuntut2 beraneka perangai...
ada yg nk mrh2...
ade yg xigt dunia sekeliling mereka..
ada yg bergembira umpama tiada apa2..
setiap tidur mimpi exam je...
ade yg xtidur memaksa diri menelan segala fakta2...
sampai kesihatan diabaikan...
wad menjadi tempat istirehat terakhir....
musibah juga tidak segan silu bertandang ketika ini...
ade yg berdepan dn masalah cinta...
gaduh dgn pasangan...
keliru dgn perasaan...
rindukan seseorang...
itulah ujian bg org yg nk ujian....

aku rindu dia...

emmmm........cne nk mulakan ek..???knp jd cmni...??sedihkah aku??terkilankah aku??kekosongankah aku??perasaan dipendam...senyuaman diukir...apakah aku pelakon yang baik??egokah aku kalau terus-terusan begini??mampukah keegoan ini bertahan...?senyuman ini adakah semanis dulu...?pahait,masin,tawar atau pedas hanya org yg melihatnya akn tahu...
dia hadir lagi dlm mimpiku semalam..hanya dia yg menghiasi mimpi2 malamku kini..sejak setahun yg lalu hanya dia yg bermain di minda dlm jaga dan tidurku..kekosongan meresapi jiwaku dengan pemergiannya...knp harus aku???knp aku yg dipilih??mampukah aku memiku beban ini??berapa lama akn aku bertrahan??
lebaran 2thn lalu menerjah minda...xmungkin akn ku lupakan saat-saat terkahir bersamanya..
"along,abah skrg kt hospital KB..ma kena msk wad kt cni lak..dia tenat semalam..along ckp pe dgn ma smlm???lps ckp dgn along,ma sebak n sesak nafas.."
plan nk beraya diperantauan dicancel...tiket pesawat ditempah pada saat akhir...
sepanjang perjlnan hatiku tidak tenang bermonolog...
"apakah aku yg berslh??slh ke pe yg aku ckp smlm?...ahhhhh...Ya ALLAH selmatkan dia...aku syg dia....syg sgt2...shtkn dia Ya ALLAH...."
setelah menjejakkan kaki di KB..tujuanku langsung ke hospital....keresahan menyelubungi hatiku...tangan ayahanda dikucup penuh mesra..keresahan,kemurungan dan kepenatan jelas terlukis di wajahnya....sedaya upaya dia cuba menyembunyikan perasaan itu dariku..
"aku sentiasa anak kecil di mata abah..."hati ini berkata sinis..
langkah diorak menuju ke ruangan ibu tercinta yang dirawat di unit CCU..aku mengumpulkan kekuatan utk berdepan dgn ma..senyuman yg sukar diukir ku usahakan juga..mata langsung jatuh kt muka ma yg tidak bermaya..dicium tgn dan pipinya..sayu hatiku melihat keadaan ini...
airmata mengalir dr tubir mata si ibu...tidak menyangka aku akn membatalkan segala rencana untuk pulang menemuinya..aku berceloteh menyingkirkn suasana sepi.seperti biasa yang aku lakukan.kekuatan dikumpul dlm diam.senyuman terukir pd wajah tenat itu.bersyukur dgn perubahanku yg semakin feminin.itu yg mau dilihatnya dr dulu.aidilfitri itu semua keluarga berkongsi kesedihan.menukarkan aktiviti tahunan kepada berkelah di hospital.uncle2 n auntie2 bersama anak2 mereka yg beragam tingkah membingitkan suasana di luar wad.
aku harus kembali mlm ini..seharian hari aku habiskan di hospital ini.walau hny dari luar..aku sentiasa mendoakan kebaikan utk ma.aku n abah keluar sebentar utk membeli brg2 yg nk dibawa..kabar yg tidak enak diterima..kami bergegas pulang..
airmata yg ditahan selama ini jatuh laju membasahi pipiku..aku tidak sanggup melihat ma saat itu.diskusi kecil berlangsung antara aku,abah dan doc yg merawat ma.aahhhhhh!!!!kepalaku hny memikirkan dia.perkataan yg keluar dr mulut si doktor hny melintas sejenak ke mindaku.satu pn xsempat ditafsir..
"kita buat pe yg terbaik utk dia..dia masih muda..kite kena cuba.."kata si doktor akhirnya..
keadaan kembali tenang..dgn airmata yg masih bersisa di tubir mata.aku melukis senyuman yg mampu aku lukiskan ketika ini...
"along jgn sedih syg...jgn menangis..along kena kuat..along yg akn jaga adik2 nnt..."itulah kata2 terakhir yg aku dgr dr ma..maaf dipohon dan aku pulang ke bandung..
setiap hari panggilan dibuat..kabar ditanya melalui abah...minggu ujian aku lalui dgn usaha yg ala kadar disertai kebimbangan di hati..
mlm sabtu itu...deringan hp mematikan gelak ketawa aku dan rakan..laptop yg br dibuka ditenung seketika..
"ello....abah ni along..."kekalutan suara abah kedengaran dr ujung talian...debaran jantung aku kencang menunggu abah meneruskan ucapannya...
"along....ma dh xde..br je syg...kejap td.."bagaikan satu bebanan telah terhempap bdnku...airmata terus mengalir deras tanpa ada penahannya..
"along xyah balik ye...along tgh exam kn..."talian dimatikan...
note di skrin laptop aku ditenung kosong...kekuatan yg dikumpul selama ini hilang entah kemana..
aku mendail no angah...dlm tangisan biacara diucapkan.....
"aku kena balaik gak...."bentak hatiku...
setelah diberi izin dr abah..aku bergegas pulang...tengah mlm itu perjln ditemani sayu dan ksedihan di hati...aku menceriakn diri bersama teman2 serumah yg sudi menghantarku ke jakarta mlm itu..untung esk dorg xde paper..
aku smp di rumah stlh magrib...hny keluarga terdekat yg memenuhi rumahku..jenazah telah selamat dikebumikan..aku terkilan aku xsempat menatap wajah ma utk kali terakhir.kegembiraan yg dipaksakan abah jelas kelihatan..wajah sugul dan murung si adik2 aku tenung satu2...aku bertekad menjaga mereka..
lamunan ku terhenti....airmataku kini cukup mudah ditumpahkan...setiap detik bersamanya segar diingatan..dia yg kini hadir di mimpi mlmku...apakah aku masih belum merelakan pemergiannya??apakah aku masih terkilan x dapat melihat wajah ma utk kali terakhir..??apakah aku belum siap utk menerima kenyataan bhw aku tlh kehilangannya utk selama-lamanya??
Ya ALLAH tenagkan rohnya di sana...tabahkan hatiku mengharungi semua ini..aku sgt merindukannya.
kerana ma aku di sini..semoga kejayaan berpihak padaku Ya ALLAH...aku tidak sempat membalas budinya..aku tidak sempat berkongsi saat gembira bersamanya..hny harapan dia yg aku bawa utk terus berusaha dan berjaya..