April 26, 2009

kenapa kamu nak jadi doktor???

"kenapa kamu nak jadi doktor??"....fuhh....inilah soalan yang paling susah aku nk jawab.air jernih menjengah gigi rambutku.jantung berlari kencang sambil telinga menangkap setiap kata-kata yang keluar dari mulut manis teman-teman sekumpulan dengan ku.kami di sini sedang menjalani temuduga ringkas.dalam 10 org itu hanya aku je yang apply dentistry..

ahhhhh!!!!si otak ligat mencari jawapan yang sesuai utk pertanyaan itu."apa aku nak jawab ni.."hati menggelabah sendirian.mataku bertemu mata si penemuduga.perih terasa saat aku menelan ludah.kini tiba giliran ku.sepi menyelubungi kamar sederhana besar ini.setia menanti susunan kata dari bibir ku.aku masih kosong..masih tidak ketemu jawapan yang sebebnar..

"sebenarnya saya tidak berminat untuk jadi doktor..saya berminat dalam bidang engineering..."berterus-terang jalan yang ku pilih.terlintas di depan ku wajah mama dan abah yang mengharapkan kehadiran ku di sini.."maafkan along.."diri ini bakal mengecewakan mereka.terkejut seisi bilik ini.diam seketika..teman-teman kelihatan berbisik-bisik sesama mereka.

"tapi kalau menurut puan saya layak dan saya diberi peluang saya akan cuba mendalami ilmu ini dan berusaha yang terbaik.."aku mengakhiri kata-kata ku.aku tidak berani lagi menoleh ke kiri dan kanan..malu aku bersemuka dengan teman-teman yang lain.
"kalau kamu seorang dentist kelak,apa yang kamu lakukan untuk meningkatkan kesedaran rakyat malaysia tentang pentingnya kesihatan gigi dan mulut???"pertanyaan diubah dan dilontarkan kepadaku.hati berbunga riang.."soalan macam ni senang sikit...."bisik sang hati..
aku menjawab pertanyaan itu dengan penuh keyakinan.satu persatu pandang dan cadangan ku dilontarkan..

usai sesi temuduga itu.....

ringg!!!!!telefon genggamku menjerit minta dijawab."aduhhhh....siapa pulak yang call time2 camni..aku nak tido pun xsenang.dah la kejap lagi ade kelas pulak.."omelku sebelum punat 'answer' ditekan."cik nurul habibah..saya dari JPA anda telah diterima untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang dentistry di Bandung,Indonesia.nanti surat pemberitahuan rasmi akan dikirimkan kepada kamu...".tersentak aku mendengar berita itu.talian dimatikan.ayahanda dan bonda di kampung dihubungi bagi berkongsi berita yang entah gembira entah duka sekarang.

sang ibu tersenyum riang melihat kepulanganku.ini kepulanganku kali pertama dan terakhir dari UITM yang sudah sebulan aku menjadi penghuninya.kenalan dan pengalaman yang hanya sedikit kukutip dibawa bersama.FKE yang diimpikan terpaksa ditinggal setelah sebulan aku mendalami liku-liku hidupnya..

"kenapa kau quit??kenapa kau nak tukar course lak ni??"soalan bertubi-tubi aku terima dari teman rapatku..setahun di matrikulasi membuatkan dia benar-benar memahami kehendakkku.."aku nak wat cane lagi..dah mak ayah aku nak sangat..xsampai ati aku nak bantah bile tenok muka mak aku tu..kau pun taukan diorang tu dari dulu lagi nak aku jadi doktor ni..aku je yang xnak...tu yang aku pilih dentistry..interesting what explore benda baru.."jawabku berbaur hampa."so kau nak la korbankan minat kau demi parent kau??"tanya si teman lagi..
termenung aku seketika.."aku tau kau sayang aku..hehehehehhe..aku redha..mungkin ini ketentuan-Nya..lagipun minat boleh dipupuk,kemampuan boleh dibina..yang penting usaha dan terus usaha.."jawapan ini ku harap dapat memberi keyakinan bukan saja padanya juga pada diriku..

kini hampir 3 tahun aku di bumi FKG ini.3 tahun aku mengenali,mengharungi,dan mendalami ilmu dentistry dan hidup di FKG."aku sangat-sangat mencintai dunia ini.walaupun aku tidaklah sehebat Ibnu Sinar tapi aku tetap berusaha untuk jadi yang terhebat.."hatiku berlagu riang..
apa yang lebih menggembirakan...aku sekarang sudah menemukan jawapan kepada persoalan itu..."kenapa kamu nak jadi doktor???"..

di bumi jatinagor ini..minatku terpupuk.mindaku tebuka..hati mula menyintai dunia kesihtan yang dulu dipandang sepi bagiku.."sekali melangkah selamanya terus bertapak sehingga bisa berlari"kata inilah menjadi bekal dan peganganku setiap saat menjalani hidup baruku di sini..dikala sang kecewa menjengah hati,jiwa didekatkan kepada ILLAHI..aku yakin bahawa inilah jalan yang telah ditetapkan NYA buatku...

No comments:

Post a Comment