October 16, 2010

bingkisan untuk sahabatku.....

sahabat yang kusayangi...
di saat ini kita sama-sama melalui tahap tegang buat kita. saat di mana ambang tekanan dari persekitaran dan rutinitas harian sangat tinggi. kau berjuang demi harapan dan cita-citamu dan aku bergelut dengan masalahku. tujuan kita tetap sama walau masalahnya berbeza. kita mahu masalah ini teratasi. tentunya pada saat ini kata 'saling memahami' dan 'saling menyokong' menjadi harapan kita.

namun...
kadang ada secebis rasa di dasar hati ini ingin memberontak dari kenyataan sehingga aku tidak mampu mengawalnya. sedaya upaya aku cuba untuk tetap teguh berdiri di sampingmu. sepahit rasa aku berusaha menelannya. aku manusia lemah. sering aku mencaci diri ini andai sang hati tidak bisa memahami dirimu. aku membenci jasad ini andai sekelumit rasa marah terbit di hati.

"Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita."

aku bukan yang terbaik buatmu tapi aku tetap berusaha menjadi kawan yang baik untuk mu. ketahuilah wahai sahabatku, aku sering sakit setiap kali aku menyakitimu. aku sering menangis andai kau mengabaikanku. ketahuilah air mata yang mengalir itu bukan kerana aku marah padamu tetapi kerana aku marah dengan diriku yang memarahi tindakanmu. maafkan aku teman andai selama kita bersama dalam mengharungi liku-liku ini, kau sering makan hati dengan tingkahku. maafkan aku teman, jika selama ini kau sering disakiti. maafkan aku teman jika sinisku menikam kalbumu. maafkan aku kawan jika kau merana di sampingku. maafkan aku teman jika pipi mulusmu dibasahi airmata kerana perbuatanku. maafkan aku sahabat khilafku sungguh tak terhitung. walau aku sedar sejuta kemaafan belum tentu bisa mengubati luka hatimu, aku tetap setia memohon kemaafan itu.

No comments:

Post a Comment