March 04, 2011

Takkan BollyWooD hilang di DUnia.....

bollywood adalah suatu nama yang tidak asing dalam dunia entertainment. dari awal pengenalan bollywood hingga ke hari ini ia mengalami revolusi story line. dari asal warna warni penuh kemegahan sehingga sesederhana dan penuh realistis. dari hanya melakar kisah cinta indah yang hampir mustahil dinyatakan hingga mampu beradaptasi dengan kenyataan yang sedia ada. dari hanya kisah cinta dua darjat, mafia dan gengstar hingga kisah cinta yang simple dan bersahaja. pasti happy ending tetap milik si bollywood.

oppsss!!!bukan nak cite sejarah bollywood actually....sebab alasan yang sering digunakan...'saya bukan penggemar sejarah apatah lagi pakar sejarah'...hehhehehehee...^^


pemerhatian dari mata yang sedia berkaca mata ini hanya mampu menalarkan akal akan perihal sang bollywood.

almaklum...sepanjang selasa hingga jumaat bollywood menjadi santapan tatkala bersantai di malam hari...^^

ada sesuatu yang mampu menarik hati kecil ini. ada sesuatu yang membuatkan minda ini berkerja. apakah itu??pasti sesuatu yang tidak mudah ditemui dalam filem2 yang lain.

budak tadika pun tau kot ape yang leh kite jumpa dalam filem2 bollywood ni..


  1. lagu2 yang menarik pada sepanjang cerita..(ini masih kekal......)
  2. baju2 yang unik dan cantekkk...........(colorfull abessss......)
  3. kebudayaan dan tarian dalam setiap filem.......(xkire yg traditional or modern...)
  4. patriotisme..................(mst ade pny...)
  5. keagamaan......(xkire hindu maupun islam dan agama2 lain.....)

kite pasti sedar bahawa bollywood telah banyak melakukan penggambaran filem di luar negara india. namun, sejauh mana mereka keluar untuk melakukan pengambaran filem tersebut, mereka masih tetap bangga menerapkan 5 perkara di atas persis dengan budaya mereka. itu sesuatu yang mampu mereka ketengahkan dalam filem2 mereka. lebih baik lagi, bollywood begitu terkenal hampir seluruh belahan dunia. bollywood begitu diterima masyarakat di luar india..apakah itu sesuatu yang menguntungkan??boleh membuat dunia mengenali mereka hanya melalui filem...

bagaimana pula kita??seberapa banyak filem2 kita mampu memaparkan budaya kita??sebarapa banyak pula filem2 kita yang mampu mengetengahkan budaya kita??apakah kita tidak mahu dunia mengenal budaya kita??atau apakah kita tidak bangga dengan budaya kita??ataupun kita sendiri tidak tahu budaya apa yang kita ada untuk ditontonkan pada dunia???seharusnya ini menjadi cabaran orang2 perfileman kita..ingat india dan kita sama2 pernah dijajah oleh penjajah yang sama (betul ke x??cikgu sejarah plz recheck dis......^^) tapi mereka masih mampu memaparkan budaya mereka dalam filem2 mereka.....


No comments:

Post a Comment