June 12, 2009

syukur

RINGGGGG!!!!!!!!-5.00am
Bingit telinga merekam bunyi itu. entah keberapa kali jam genit ini bersuara memenuhi segenap ruangan kamar kecil ini. sampai kapan aku harus bersabar begini. mata ini masih tidak mahu diganggu. terlalu penat rasanya seharian memandang tulisan-tulisan yang yang berbagai itu. bantal dilempar tepat ke arah jam yang tidak berdosa. sepi mengundang. hati berbunga riang. tangan menarik keras selimut membaluti erat seluruh tubuh ini. mimpi tadi sambung kembali.

dum..dum..dum!!!!!
keras pintuku diketuk. hati memberontak. terik cahaya memerihkan mata sepek ini. aku menggeliat kemalasan. badan didirikan kaki melangkah berat.
"kenapa bising pagi-pagi ni?"tanya setelah pintu dikuak.
"hei!!sekarang bukan pagi lagi la. dah pukul 11 ni. kau tidur jam berapa semalam? kata nak temankan aku beli barang. aku tau la sekarag study week, takde kelas tapi bukan untuk tidur la sayang tapi untuk study. ni kau bangun tak subuh tadi? aku dengar bagai nak pecah anak tekak jam kau tu menjerit." omel Tia panjang pagi ini.
"ye la...kejap lagi kita pergi ye..."jawabku sambil kaki melangkah menuju ke katil.
baru saja badan berada di katil....
"oi..tidur lagi..kata nak gi dah..ni kau solat subuh x tadi??"pertanyaan Tia membuka mataku seluas-luasnya. Tia sudah bertenggek di hujung katilku. aku bangun duduk di sampingnya. mindaku dikerah mengingati hal yang berlaku sekitar subuh tadi.
tup!!!.....tamparan hebat hinggap di dahiku.
"alamak Tia..aku miss subuh tadi. aku rasa dh kunci jam malam tadi.."bicara tidak ku sambung setelah melihat jam yang mengejutkanku setiap pagi bergolek di bawah meja. aku tersenyum menampakkan barisan gigiku tatkala melihat wajah Tia seperti harimau hendak menerkam mangsanya.
"habislah aku..sepanjang hari ini aku kena dengar ceramah free la dari ustazah ni.."gerutu hati kecilku.

"assalamualaikum..saya Fatihah. saya baru je pindah ke sini. ni ke bilik 2C??"gadis ayu di depanku bertanya. aku tersenyum dan menyambut huluran tangannya."oh ya..ini umi saya.."lantas tanganku beralih menyalami uminya.
"ye ini bilik 2C..saya Amira..saya pun baru je sampai setengah jam yang lalu..kat ujung sana ade 2 katil kosong..Fatihah pilihlah nak yang mana. ini katil saya..maaflah bersepah sikit. maklumlah baru kemas. parenat saya baru je balik.."terangku sambil panjang lebar..
"awak boleh panggil saya Tia je..nampak manja sikit..."pecah ketawa kami ketika itu..
"Kalau macam tu Tia panggil saya Amy....glamour you.."hilai tawa kami memenuhi ruangan yang tidak sebesar mana. umi Tia yang dari tadi asyik menjadi pemerhati kami turut ketawa. di sinilah awalnya persahabatan kami. bilik 2C ini menjadi saksi asam manis hubungan kami. ruangan yang tidak terlalu besar dihuni oleh 20 orang pelajar puteri dari tingkatan 1 sampai 5. bilik yang tidak mewah ini memuatkan sepuluh buah katil double-decker dan 20 buah almari kecil di susun begitu rapi. inilah sudah mengcukupi bagi pelajar-pelajar sek ini bagi meneruskan usaha memburu cita-cita sendiri.

lamunanku terhenti apabila satu cubitan manja hinggap di lenganku. sakitnya terasa di seluruh epidermisku..
"amboi....berangan pulak. kenapa kau xsolat subuh tadi??"Tia sudah mula mengomel..
"kau tahukan dosa besar bagi seorang hamba yang meninggalkan solat. solat itu tiang agama. dan solat suruhan ALLAH yang diwajibkan ke atas semua umat islam...."
tanpa menunggu Tia menyelesaikan ayatnya. aku berkata"aku tak terjaga tadi..penatlah Tia...semalam aku tidur lambat.."
"kalau dah tahu diri tu tak leh bangun awal, janganlah tidur lambat..tak pun kau stay up je sampai subuh..bukan kau selalu wat camtu ke??"Tia membidasku..
"oklah Tia...aku nak mandi dulu..kau bersiaplah..tadi kata nk keluar.."lantas tuala kucapai.
aku sengaja mencari alasan untuk tidak mendengar omelannya di waktu ini. aku sedar aku salah. aku pun tidak tahu kenapa aku begeni sekarang. hidupku semakin hanyut dibawa arus dunia. aku semakin sibuk dengan urusan harianku sehingga melupakan tanggungjawabku sebagai hamba-NYA. aku tenggelam dengan duniaku sendiri.
"ya ALLAH..kembalikanlah aku ke jalan kebenaran-Mu, pimpinlah aku di landasan-Mu, janganlah Engkau membiarkan aku hanyut di lembah dunia yang mengasyikkan ini..aku hamba mu yang paling lemah. aku bermohon kepada-MU..aku bersyukur Engkau mengurniakan dia sebagai sahabatku yang tidak pernah bosan untuk mengingatiku..ALHAMDULILLAH..."hati kecil ini berdoa da bersyukur kepada-NYA.
jauh di sudut hati ini. aku mengagumi Tia. aku juga malu berhadapan dengannya. kalau dibandingkan dengannya, diriku 1000x lebih hina darinya. sepanjag aku mengenalinya, dia amat baik..tanggungjawabnya terhadap dunia dan agama tidak pernah dilupakannya. memang aku sering lebih beruntung darinya tapi hatiku tidak setandingnya..




p/s- cm tergantung cite ni..tp xde idea dh..to be continue la...

3 comments:

  1. salam
    dah baca novel bila cinta bertasbih
    lama dah
    just citer dia blm tengok
    cuti sound la, blh jumpa
    hari tu balik m'sia x gtau pun..huhu
    eh bila balik p[lak/
    kalau nak pesan novel boleh?
    maryamah karparov oleh andrea hirata
    kat m'sia x masuk lagi novel ni..huhu

    ReplyDelete
  2. salam bibah, how life..sya dah start klinikal year..takut..huhu

    ReplyDelete
  3. macam watikah perlantikan pulak...panjang tanpa perenggang...huhu

    Selamat hari raya

    ReplyDelete