June 11, 2009

malaysian vs indonesian

tengok pada tajuk mmg kontraversi habis..but isi dia xde la seteruk yang dipikirkan..just wanna give an opinion je..

suatu petang yang damai, seisi ahli pondok ganteng santai menghirup udara petang.aktiviti yang sering dilakukan.berkumpul dan bersembang sambil bergelak ketawa.dari satu topik berpindah ke sutu topik yang lain.dari topik-topik ringan(how ur class today??),gossip(si polan & si polan),hingga ke topik berat(isu2 politik, agama dll) habis dikupas tuntas oleh jemaah musyawarah pondok ganteng.satu persatu pendapat dilontarkan, setiap ahli bebas berbicara tanpa rasa ragu dan malu.perkara yang lucu digelakkan bersama-sama....itulah pondok ganteng hanya sepi tatkala dibuai mimpi dan di medan peperiksaan..(tapi ade gak yg time2 exam wat keje giler..hehehhe).
namun, perbualan santai tadi berubah menjadi gempar...
"korang dh bc kn yg post bdk farmasi(indonesian) kt fb tu.."seseorg bersuara..
"tu lah bodoh betul.."amarah terpercik dari mulut seorg lagi...
"tapi klu benda tu jd btul2 cne...??"persoalan dimuntahkan..
"emmmm.....siap ade group kt fb lg...'ganyang malaysia'...."
(dll..xperlu rr detailkan.......)


ituah reality skrg ini..indonesian berteriak mahu 'perang' malaysia di dunia maya ini..rakyat kedua-dua belah negara keluar dengan hujah masing-masing mempertahankan tanah air tercinta..ya..kelihata jelas patriotisme kedua-dua negara..sebagai warganegara melaysia saya berbangga dan bersyukur nasionalisme rakyat malaysia masih tinggi.

apa yang menjadi keanehannya di sini, kenapa tindakan 'kutuk-mengutuk' antara negara ini boleh timbul di alam cyber ini??sedangkan kita serumpun dan susur galur keluarga dan negara tidak lari dari hubungan dua begara ini..
apa yang menarik perhatian saya adalah dakwaan seorg bangsa indonesia yang ditulis di dalam fb mengatakan bahawa dia terjumpa sebuah blog dari yang menghina negaranya. ada lagi yang menggelikan hati 'kalian menghina kita di blog yang mana seluruh dunia bisa membacanya sedangkan kami hanya di fb saja'...pertanyaannya fb ni just for malaysian n indonesian ke???..kadang-kadang geli hati gak baca post pendapat org ni.

kejadian ini telah mengimbau kenangan saya sewaktu di alam persekolahan. seorang ustazah pernah menjelaskan...tamadun islam dikatakan akan kembali berada di tempat teratas pada akhir zaman nanti.hal ini telah diketahui oleh orang kafir.bila??dimana??bagaimana??kita juga tidak tahu.menurut si ustazah tadi..keagunagan islam dahulu amat digeruni kerana ilmu,amal dan taqwa umatnya.hanya dua hal yang boleh membuatkan islam bangkit kembali.pertama:kemajuan ilmu dan teknologi..kedua:peningkatan jumlah umat islam yang beramal dan bertaqwa kepada ALLAH.
topik menarik ini telah dikongsi dan dibincangkan oleh seluruh ahli kelas dengan bimbingan ustazah tadi.."jika dilihat pada dunia hari ni..kita umat islam bagaikan berada di hujung tanduk..bagaimana kita akan bangkit??siapa pemimpinnya...generasi kalianlah yang bakal jadi pemimpinnya.."kata ustazah.
"mari kita lihat tanah besar arab hari ini..kehancuran demi kehancuran berlaku setiap hari..peperangan tidak pernah sunyi seiring waktu berlari.apakah kalian fikirkan tamadun islam akan bangkit di situ???"persoalan ustazah membuka mataku yang layu...
"apakah kamu semua tidak merasa bahawa peperangan itu adalah untuk menghancurkan 2 faktor yang saya sebutkan tadi..mereka bukan sahaja tidak akan berhenti untuk terus menjatuhkan islam yang dh memag jatuh ini..malah akan terus berusaha memastikan kebangkitan yang didakwa itu tidak akan kembali bangkit.."ucapan ini tenang meluncur dari mulut ustazah..
ustazah meneruskan ucapannya..."dan tidak mustahil satu hari nanti negara kita akan diserang juga..."jantung bagaikan tidak mampu berdegup lagi medengar ucapan itu..
"tapi kenapa ustazah??"tanya seorang teman..
"selain negara-negara arab.....malaysia dan indonesia yang meletakkan islam sebagai agama rasmi..di mana malaysia yang telah diketahui dunia merupakan negara islam yang sedang membangun..dan negara indonesia merupakan negara yang penduduk islamnya ramai..jika kedua negara ini bergabug maka dua faktor tadi telah meningkat..bererti kebangkitan islam mungkin akan berlaku dari penyatuan ini..inilah yang ditakutkan oleh orang-orang kafir di luar sana..."terang uztazah...kata2 itu tidak pernah luput dari mindaku sejak hampir 10tahun..masih terngiang-ngiang di cuping telinga ini...

jadi bila dikaitkan dengan hal yang sedang berlaku dengan pernyataan ustazah itu...saya berpendapat mungkin ini satu rencana licik pihak-pihak yang tidak mahu melihat dua faktor tadi menyatu..mungkin ini yang dikatakan serangan ke atas negara kita..ada pihak yang menanti perpechan ni..ada pihak yang bergembira atas perang cyber yang meletus sekarang ini.oleh itu, saya menyeru kepada pihak2 yang menginginkan peperangan ini berlaku untuk membuka mata dan mejalarkan minda untuk memikirkan da melihat apakah perang ini wajar diteruskan..???

renung-renungkanlah....

No comments:

Post a Comment