November 20, 2010

surat untuk mama

mama....
tiga tahun sepi tanpamu. tiga tahun aku sukar maknai senyumanku. tiga tahun aku pulang mencarimu. mencari tawamu. mencari bayanganmu. mengutip kenangan lalu bersamamu. pernah aku berfikir mengapa aku terus begini? mengapa aku terus kembali jika si hati tetap aku sakiti?

mama.....
kini ada wanita baik hati telah menggantikan kamu. wanita yang telah sudi menganbil alih tanggunggjawabmu. wanita yang tidak lelah belajar memenangi hati suami dan anak-anakmu. wanita yang berusaha menelaah dan mengadaptasi sikap setiap anak-anakmu. ya anak-anakmu...seperti mana kau juga tau bagaimana setiap anakmu ini punya tingkah yang 1001 macam. aku masih ingat kau pernah berkata "mama ni ada anak pempuan 4, anak laki 1 je....tapi kalau tengok rumah ni bising kalah anak laki 10 orang."
aku tetap berusaha menerimanya di hatiku. aku berusaha memberi teladan biar adik-adik ikhlas menerimanya. dia wanita baik ma...dia sama sepertimu. merawat anak-anak ini tanpa lelah. walau anak-anak ini bukan darah dagingnya.

mamaku.....
kau wanita agung yang telah merawat, menjaga, dan mendidikku menjadi diriku hari ini. kau berikan kasih sayang tiada tara tanpa sempadan buat aku dan adik-adikku. biar pun dunia sudah mengetahui fakta bahawa aku tidak dari rahimmu tapi kau tidak membiarkan fakta itu wujud di hati kita. kau membesarkan kami penuh dengan kasih sayangmu. kau menghukum kami setimpal dengan kesalahan kami. kau membuatkan kami tetap terikat dalam kasih sayang ini sehingga hari ini. janjiku kami akan kekal dalam kasih sayang ini selamanya.

mamaku....
aku sangat merindukanmu. merindukan waktu bersamamu. merindukan tawamu. merindukan pelukanmu. merindukan bebelanmu. aku benar-benar rindu padamu. rasa ini juga wujud di hati kami anak-anakmu. ya...mereka anak-anak yang baik ma. mereka tidak pernah menunjukkan rasa rindu itu di depan umi mereka. mereka tahu menghormati umi. mereka tahu melayan umi layaknya seorang umi. ini hasil didikan mu. mereka tahu cara untuk saling menyayangi. pasti kau bangga dengan anak-anakmu ma..

ma, mungkin cukup sampai sini dulu. mama tetap di ruang hati kami yang paling tinggi. kami tetap menyayangi dan merindui mama. di setiap solat, doa kami untuk mama tidak pernah terlupakan. kami akan jadi anak-anak mama yang soleh dan solehah.


anak-anak kesayangan mama.

No comments:

Post a Comment