November 18, 2010

petua untuk kekal hubungan..



"macam mana korang still rapat selama ni??''

"korang tak pernah gaduh ke?"


"kau sanggup berbuat apa saja untuk dia?"


"datang jauh-jauh hanya untuk dia?"


hangat telinga menerima soalan bertalu-talu seperti peluru tak mengenal mangsa ini. sehangat sang telinga seligat itu juga sang minda mencari jawapan untuk setiap pertanyaaan. hanya senyuman yang mampu terlukis buat si pemberi soalan.

KENAPA SOALAN SEBEGINI BISA DILONTARKAN?

anda tidak percaya pada sebuah perhubungan atau anda aneh andai hubungan itu boleh bertahan seperti diluar jangkaan anda?

sebuah hubungan itu indah. jangan sesekali mengotori keindahan hubungan hanya kerana sempitnya fikiran kita. hidup ini sering berhubungan antara satu sama lain, antara benda hidup sesama benda hidup dan juga antara benda hidup dengan benda mati. mari sempitkan skop hubungan itu.(hubungan sesama manusia, hubungan manusia dengan makhluk lainnya, dan yang penting hubungan manusia dan PENCIPTANYA).



dari banyak hubungan yang telah disebutkan kita rapatkan lagi lingkarannya. HUBUNGAN SESAMA MANUSIA. kita sebagai manusia tidak akan lepas dari hubungan ini. contoh paling singkat keluarga, kawan, dan pasangan. rumus untuk ketiga-tiga hubungan ini adalah sama. tidak lekang dek zaman hanya rumus ini bisa mengekalkan kita dalam suatu hubungan.

hal yang paling penting dalam hubungan adalah KEIKHLASAN. seberapa ikhlasnya kita dalam berhubungan hanya kita yang menentukan. keikhlasan ini yang menjadi kunci dalam setiap hubungan. ya IKHLAS...tiada petua lain untuk sebuah hubungan yang berkekalan.


jika kunci ikhlas itu kita bawa bersama dalam setiap hubungan, maka kita bisa mewujudkan sebuah hubungan indah tanpa batas dan tanpa had. kita ikhlas menerima seseorang, kita bisa menerima kekurangan dan kelebihannya. kita pasti mampu tersenyum bangga dengan hubungan kita. pasti tiada keluhan dengan kekurangan orang yang terhubung. tiada istilah 'menjaja cerita memburukkan teman kita' dalam sebuah hubungan yang ikhlas.

dengan ikhlas juga kita mampu menghormati orang seperti mana kita mahu orang menghormati kita. kita bisa menghormati kebiasaannya. kita boleh menghormati keputusannya. kita hormati masa-masanya. kita hormati teman-temannya. jika rasa hormat itu ada pasti kita tidak melakukan orang yang berhubungan dengan kita sebagai hamba kehendak kita. tidak semua kehendak kita menjadi kemahuannya. bersyukur andai bisa sama dan redha andai sebaliknya.


akhirnya kita perlu ikhlas menyanyangi. kita menyanyangi orang lain minimal sama seperti kita menyanyangi diri kita. kita pasti sayang akan diri kita melebihi sayang yang ada di dunia ini. begitu juga kita menyayangi orang yang berada dalam lingkungan hubungan kita. hanya rasa sayang yang akan membuatkan kita saling melindungi dan saling memperbaiki. kita sayang keluarga dan kawan kita, kita pasti membela mereka apabila ada yang menyakiti mereka dan yang paling penting dengan rasa sayang kita tidak sama sekali memburukkan mereka. dengan rasa sayang juga kita tidak takut untuk menegur kesilapan mereka. kita mampu berdepan dengan mereka tanpa ada sekelumit perasaan takut kehilangan mereka. jika itu berlaku, pasti tabiat memburukkan mereka takkan terjadi.

jadi marilah kita sama-sama mencermin diri mencari jawapan sejauh mana kita mampu berhubungan. di mana tahap keikhlasan kita dalam berhubungan?selama mana sebuah hubungan itu mampu kita kekalkan? tepuk dada tanya iman..


MARILAH MEMEMUPUK SEMANGAT KEIKHLASAN DALAM BERHUBUNGAN......

setiap hubungan itu sama..sama ada ia hanyalah sebuah persahabatan hinggalah sampai kepada keluarga tersayang...

manusia pasti mahukan yang tebaik...namun untuk menggapai yang terbaik itu harus siap menerima keburukannya.....jangan kita menjadi gunting dalam lipatan juga musuh dalam selimut...ikhlas melayan orang seperti mana kita mahu orang melayan kita......sayangi diri dan manusia lain sama layaknya.....^^



No comments:

Post a Comment