July 09, 2010

KAU haDIah uLang TahUN PAliNG BERMAKNA setaip TAHUN

"apa yang abah buat tu?"

"ni jadwal study along. along kena ikut tau."



Itulah perbualan 15 tahun lalu. Anak kecil mulus yang baru mengenali apa alam persekolahan kini dikenalkan dengan 'jadwal study'. Apa yang dimaksud dengan jadwal si anak sendiri masih belum mengetahui. Pastinya rutin anak telah ditetapkan sedemikian. 2 jam di siang hari 2 jam di malam hari. Setiap jam dengan mata pelajaran yang berdeza. Waktu bermain bermula jam 5 setiap petang sehingga jam 7.


"kenapa banyak salah ni?careless sangat along ni..sekarang pilih ketuk ketampi or rotan??!!"


kecut perut si anak mendengarnya. Dilema dalam pilihan. Pilihan pertama jawabnya tercabut la lutut. Pilihan kedua bakal meninggalkan bekas di tangan. Sakit bukan kepalang.



"kenapa tak siap lagi ni?abah dah bagi masa 2 hari untuk siapkan tapi kenapa tak siap lagi?siapkan jangan tidur malam ni!!"



Si anak merasakan hujung minggunya disia-siakan begitu sahaja. Kanak-kanak lain riuh bermain dari pagi sampai ke petang namun si anak hanya mampu melihat menanti jam 5 sore bertandang. Tatkala teman-teman ketawa dan berlari riang, si anak hanya berteleku bersama buku latihan yang tak pernah lupus dalam simpanan. Setiap bulan pasti ada buku baru yang dibawa pulang sang abah. Latihan tambahan dengan jumlah muka surat yang banyak sentiasa menunggu setiap hujung minggu menjengah. Jika si anak melakukan kesalahan dalam mengerjakannya pasti ada hukuman yang menanti.


Itulah situasi berbelas tahun dahulu. Hidup si anak terlakar rapi dalam benak sang abah. Anak yang ditatang dengan penuh kasih sayang walaupun ada waktu garang mendatang. Waktu kecil anak diatur dan dia diarah dengan denda, amaran dan rotan. Pendekatan si abah berubah seiring usia sang anak. Pujukan dan kata-kata lembut sentiasa menghiasi bibir setiap kali peringkat hidup anak meningkat demi memastikan hidup si anak berjalan sesuai yang dirangcang.
Hanya 2 kali si anak bertegas dalam pengaturan hidupnya. Pertama kali sewaktu tingkatan 4, di mana anak tetap berkeras hendak belajar di aliran sains. Kedua kalinya di Matrikulasi anak memilih bidang sains fizikal sesuai dengan kehendak dan minatnya. Dari situ sang abah mula menerima pilihan anak serta mendukungnya. Sehingga peluang ini datang, abah sekali lagi memujuk untuk merebut peluang yang ada. Dengan keyakinan ini yang terbaik untuk anaknya.


Sehingga kini si anak tidak pernah merungut dengan apa yang telah dirancang oleh bapanya. Anak ini sentiasa berusaha yang terbaik demi abah tersayang. Anak ini yakin dengan perjalanan hidup ini. Anak ini sentiasa bersyukur dianugerahkan abah seperti itu.
Anak ini sudah 23 tahun kini. Namun, setiap kali berdepan dengan abah anak ini tau anak ini bukanlah sesiapa melainkan anak kecil yang lebih 2dekad lalu abah kenal. Anak kecil yang masih merangkak bahkan tak mampu berdiri apalagi berlari. Anak ini tetap anak kecil yang abah sayang.





KETAHUILAH ABAH.......
ALONG SANGAT MENYAYANGI ABAH MELEBIHI MANA2 LELAKI YANG PERNAH ATAU YANG AKAN HADIR DALAM HIDUP ALONG.......^^




No comments:

Post a Comment