April 12, 2010

seorang Khan..

dalam diri menikmati suasana petang, akal ligat memutar kenangan waktu lalu. banyak yang telah aku lalui dalam hidup hampir 23 tahun ini. diri bergelumang dosa dan hati tidak jemu bertaubat. inilah seorang aku yang tidak sunyi dari kesilapan.

pengalaman yang dilalui silih berganti di depan mata ibarat slide show presentation masa lalu. tiba-tiba hati tertarik pada sesuatu. sesuatu yang tidak berlaku pada ku tetapi sesuai yang pernah aku tonton dalam melakukan aktiviti seharian. dalam melepaskan lelah di minda. aku menjadi ingat pada filem 'My name is Khan'. filem yang pernah memasuki top list film bioskop sebagai rutin acara date antara aku dan sang sahabat.

masih bisa ku banyangkan perjalanan filem itu. bagaimana si kecil Rizwan Khan mendapat didikan dari si ibu tercinta sehingga bagaimana Rizwan Khan menggegarkan dunia dengan tikahnya. sungguh ia mampu menitiskan airmata bangga.persoalannya apakah ada di dunia ini manusia seperti itu?apakah aku mampu seperti itu?

Rizwan Khan yang digambarkan menghidap sindrom Asperger (kredit juga buat Shah Rukh Khan kerana lakonan mantap memberi kesan kepada si penonton) memiliki hati yang tegas. keperibadian yang utuh. didikan seorang ibu akhirnya berjaya membesarkan si anak demikian rupa. dia menjadi orang yang teguh pendirian. seorang yang melakukan sesuatu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan apa yang sedang berlaku. apakah kerana dia manusia segitu tidak berperasaan?

jika hendak mengatakan tidak berperasaan itu tidak tepat. dia sendiri merasai apa itu jatuh cinta. dia sendiri merasai apa itu kesedihan tatkala kehilangan insan tersayang. dia sendiri tidak tegar melihat si buah hati bersedih setiap saat. ini buktinya kalau dia masih punya hati dan perasaan. ini jelas menjadi bukti setiap makhluk ciptaan-NYA yang Maha Berkuasa memiliki perasaan walau dalam apa jua wujud si makhluk.sungguh DIA Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa.

jika dilihat pada perjalanan hidup Rizwan Khan setelah 11/9 amat memilukan hati. lebih menyedihkan apabila si anak menjadi mangsa dan isteri tersayang mulai meminggir diri meragui harga pernikahan. namun, Rizwan Khan tahu bagaimana cara mengatasi dilema hidupnya. dia tau apa yang harus dilakukannya. di sinilah bermulanya intermission perjalanan hidup seorang Khan ini. berkelana dengan satu tujuan. dia tekad dengan usahanya. tanpa mengira sindiran orang ramai tanpa menghiraukan gelodak dunia yang berlaku. cuma satu yang ada dia hati dan mindanya 'mau bertemu sang Presiden'. ketika dia hampir ke destinasi dia kecundang di gerbang kejayaan. tidak ada airmata tumpah menghadapi kegagalan. bangunlah semula masih dengan tekad yang sama.

aduh...sebegitunya pribadi yang berjaya digambarkan si penulis skrip. mampu menggoyahkan hati insan kerdil ini tatkala menghayatinya. tidak terfikirkah oleh akal apakah insan ini bisa hadir dalam diri?adakah diri mampu sepertinya?mampukah terus berdiri walau berkali tumbang di gerbang kejayaan? mampukah terus berlari mengejar erti sebuah kejayaan? mampukah meniti landasan kebenaran tanpa mengira kritikan diterima? mampukah hati tetap teguh dengan destinasi yang telah dirancang? mampukah ikhlas dalam melakukan sesuatu? pertanyaan itu memerlukan jawapan yang pastu wahai diri. buktikan pada dunia jawapan yang kamu pilih.

p/s:tengok la cite ni best tau...ada moral value tinggi la...heheheheh

No comments:

Post a Comment