April 25, 2010

aku,kau,dia dan mereka..

aku adalah aku...
aku insan biasa..
aku meniti usia..
menata hidup sementara..

kau adalah kau..
kau memberi erti cinta..
kau ajari aku erti kasih..
kau sirami aku dengan sayang..
kau tetap setia menghembus semangat diriku..

aku mengejar mimpi kerana kau...
aku mengenal diri kerana kau..
aku mengenal benci juga kerana kau..
kau begitu berarti melakar kenangan lalu...
kau menjadi bayang-bayang masa lalu ku...

dia dengan dirinya...
dia berjiwa muda...
dia santai berhujah...
dia cekal menjelajah hidup..
dia sarat dengan pengalaman...

dia hadir terlebih dahulu dari kau...
dia tak jemu memperindah hidupku..
dia tak lelah berkongsi dengan ku...
suka duka masalah dilerai bersama....
ikatan dia dan aku kekal hingga kini..

mereka hadir setelah kau pergi..
mereka menyinar di kala aku sepi...
mereka penghibur saat lara...
perihku diubati mereka...

namun....
aku masih ragu dengan sang hati..
kau mau diganti dengan mereka...
tapi apakah aku mampu...

saat aku sedia..
doa ku pohon...
petunjuk ku minta...
dia hadir kala ini...
dia hadir antara mereka...
kusut kembali memberi keputusan...
mungkin aku perlu sendiri....
sendiri menggapai mimpi....

No comments:

Post a Comment