August 03, 2011

PeruBahan Di TanGan KITA!!

assalamualaikum dan salam Ramadhan......rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa dan selamat membuka ladang amal untuk semua umat islam.



alhamdulillah...hari ini sudah 3 hari umat islam menjalankan ibadah puasa.ada kisah suka duka di permulaan Ramadahn ini.apa pun anggap saja itu sebagai nikmat Ramadhan..setiap kesusahan pasti ada ganjarannya...

namun, apakah Ramadhan kali ini memberikan perubahan pada kita??atau sekadar bulan puasa yang dilalui setaip tahun dengan menahan lapar dan dahaga??tepuk dada tanya iman saudara.

mari direnung Ramadhan tahun ini dengan Ramadhan yang telah kita lalui. apakah Ramadhan tahun ini berbeza atau sama atau lebih teruk dari Ramadhan yang kemarin??masih sempat untuk kita merancang corak Ramadhan yang akan kita lakar tahun ini...(yang pasti jangan sampai kita menyesal di hujung Ramadhan kerana tiada hasil yang mampu kita semai).


RAMADHAN LADANG AMAL TANPA BATAS

bulan Ramadhan yang mulia ini sudah pasti ramai yang tahu kelebihan yang dimiliki. betapa sebuah perjalanan di bulan ini sungguh suci juga bersih dari segala gangguan musuh abadi kita iaitu syaitan laknatullah...jadi ini waktu yang tepat untuk kita melatih mempersiapkan diri menghadapi syaitan durjana setelah berlalunya bulan ini.

Al-Quran dan hadith banyak menyatakan betapa di Ramadhan ini setaip amalan memberikan ganjaran yang besar (maaf saya bukan ahli mengutarakan dalil jadi cukup secara umum saja).jadi mengapa tidak kita berlumba-lumba merebut sebuah ganjaran berganda di bulan ini??

HARUS MULAI DARI MANA??


simple.....mudah dikata.....mari mulakan dengan MENYEMAK RAMADHAN KITA TAHUN LALU....apakah pencapaian kita tahun lalu??apa aktiviti kita di Ramadhan tahun lalu??berapa banyak kalam ALLAH yang kita baca??berapa banyak sujud kita di malam hari??berapa banyak bibir kita membesarkan ILAHI??berapa banyak si hati kecil mengingati SANG MAHA PENCIPTA??

sudah diterjah perjalanan lalu.....sudah terdaftar jawapan setiap persoalan...mari kita TANYA AKAL DAN HATI APA MAHU KITA DI RAMADHAN TAHUN INI.....pencapaian apa yang mahu kita banggakan??hasil bagaimana yang mahu kita semai??apakah kita mahu lebih gembira di hari kemenangan atau kita hanya lebih gemar melihat musuh kita bergembira atas kekalahan kita??

hanya kita yang tahu apa jawapan akal dan apa jeritan hati...setelah itu kita CORAK LANGKAH PERJALANAN RAMADHAN INI SESUAI TUJUAN AKHIRNYA..menunaikan ibadah wajib sepenuh hati. menabur benih ibadah sunat sebanyak mungkin. melagu indah ayat ALLAH setiap hari.

mudah!!!!cukup mudah!!bila dan bagaimana kita lakukan???? pasti sesuai perjalanan tanggungjawab harian anda. INGAT!!!kita ada waktu 24jam sehari........tidak rugi andai 1jam kita sisihkan untuk mencorak indah Ramadhan kini.

RAMADHAN ITU HANYA SEKALI SETAHUN JADI BIARLAH IA BERLALU DENGAN PENUH KEINDAHAN.......


MARI BERUSAHA UNTUK MEMUNGUT HASIL RAMADHAN YANG BERMUTU!!!

No comments:

Post a Comment